Salam KRT. terima kasih krn memaparkan kisah saya dan merahsiakan identiti saya. Saya seorang wanita umur awal 40an, seorang perempuan berstatus isteri yang ditinggal dan beranak 7.
Masalahnya Suami saya tinggalkan saya macam tu je bila dapat kerja gomen dan hanya pulang sebulan 1 atau 2 kali. Kami pjj..
sama2 kerja gov. tapi nafkah saya dan anak dia tetap beri, Saya seorang wanita yang berkerjaya dan jika dilihat pada penampilan saya dan kemewahan yang saya ada mungkin orang menyangka saya tidak lagi perlukan apa2.
Istilah lain tentang saya.. saya girlfriend gelap kepada kekasih saya semenjak 2 tahun lalu.. walaupun sebenarnya saya dan teman lelaki sudah lama berkenalan sejak d bangku sekolah lagi.
18 tahun kemudiannya kami bertemu semula dan siapa sangka kami menjalinkan hubungan dan lebih rumit lagi apabila saya terpaksa bersabar dan selalu jadi mangsa semata mata untuk mempertahankan hubungan ini.
Isteri kepada teman lelaki saya dapat tahu tentang hubungan ini sejak setahun lalu dan kami tetap masih berhubung seperti biasa di belakangnya hingga terlanjur berkali kali.
Bukan saya tidak mahu mengalah tapi saya dan teman lelaki sendiri tidak dapat untuk berundur dan saya juga tidak akan membiarkn apa apa berlaku ke atas rumahtangga teman lelaki saya. Saya cuma mahu berkongsi kebahagiaan dan saya tidak punya niat lain.
Memang saya salah tapi saya sangat2 tidak dapat lari daripada hubungan ini. Teman lelaki juga berulang kali meyakinkan saya tentang masa depan hubungan kami dan kami berjanji untuk tidak berganjak daripada hubungan ini disamping saya terpaksa bersedia untuk jadi bahan m4ki hamun isteri teman lelaki saya.
Bayangkan apa perasaan saya jika setiap kali menidak kan hubungan ini walaupun hakikatnya kami masih bersama. Saya seorang teman wanita yang kuat dan tabah apabila bertahan daripada anasir2 negatif yang di bawa oleh isteri teman lelaki saya..
Bayangkan apa perasaan saya sedangkan saya tidak mengganggu sedikit pun masa untuk teman lelaki dan keluarga bersama2 saya cuma bersamanya pada hari2 waktu bekerja sahaja walaupun saya dan dia berada di lain masa dan tempat…
saya sangat sayangkannya dan kami sudah berjanji tiada siapa akan berundur dari hubungan ini, hanya nyawa yang boleh pisahkan kami.