Isu Keluarga

Semasa di dapur rumah kawan saya Suaminya sempat memeluk saya dan katanya rindu sangat pada saya

Salam admin. Mohon admin hide kan profil adik saya. Saya sudah berkawin anak ada 3 orang dan alhamdulillah bahagia.

Suami saya bekerja sebagai pegawai polis dan sememangnya sibuk dengan tugas nya dan kadang kala suami selalu outstation sampai berbulan2. Kalau ot suami selalu video call saya dan anak2. Saya tau suami tak curang sebab cinta nya hanya untuk saya seorang.

Pernah sekali suami wajib hadiri kursus selama 6 bulan. Tinggal lah saya dengan anak2 di rumah. Suami juga memberi saya kebebasan untuk keluar kerana bila suami tiada. Saya lah yang kan menghantar anak kemana2.

Kisahnya di sekolah anak saya terjumpa kawan baru malangnya dia adalah isteri bekas kekasih di zaman sekolah saya Kebetulan dia menjemput saya dan anak2 ke majlis hari jadi anaknya.. saya tak sangka suami kawan saya ni adalah ex saya dahulu. Kami terkejut waktu berjumpa namun kami buat tak kenal..

Semasa di dapur rumah kawan saya Suaminya sempat memeluk saya dan katanya rindu sangat pada saya dan untuk pengetahuan anak pertama saya adalah anak bekas teman lelaki saya ini namun hanya saya seorang sahaja yang mengetahuinya.

Dia tiba2 tanya kenapa anak pertama saya mirip dia. Namun saya menepis. Saya tahu salah saya sebab memutuskan hubungan saya dulu kena bekas teman lelaki saya tidak bekerjaya dan masa tu saya lebih suka kepada polis itu.

Dalam dia memeluk saya, saya mula rasa cinta terpaut kembali, namun cepat2 saya tepis sebab takut kantoi dengan isteri dia. Semasa birthday anak mereka. Saya betul2 tak boleh nak fokus.

Saya meminta untuk pulang lebih awal sebab alasan tak berapa sihat. Namun anak sulung saya tak mahu balik. Seolah2 dia tahu kalau lelaki itu ayah kandungnya. Ya Allah apa perlu aku buat..

Ke esokkan hari nya. Dia whatsapp aku. Dia cakap ambil no hp aku dari hp isterinya. Dia luahkan kalau masih sayang kat aku dan sekarang dia berniaga income dia 2 kali ganda dari suami saya. Dia tanya kenapa tinggal kan dia.

Saya cakap mak yg suruh saya kawin. Padahal suami saya adalah pilihan saya sendiri. Dia tanya pasal anak sulung saya. Saya terpaksa terus terang. Kalau anak sulung saya adalah anak dia.

Saya dah tahu kalau saya mengandung anak dia. Masa saya kawin dengan suami saya sekarang saya hamil 5 minggu dan saya pasti tu anak dia.. dan kami plan nak cek dna dan ternyata memang anak dia ya Allah. Saya tak tahu nak kata apa.

Dia ajak saya jumpa. Pertama saya tak mahu. Tapi katanya nak jumpa anak. Saya tak akan bawa anak saya jumpa dia. Sebab anak saya tak boleh simpan rahsia. Nanti anak saya akan cerita pada semua orang. Dan kami berjumpa pula. Dia nyatakan masih sayang saya. Dan saya pun sayangkan dia.

Beberapa kali berjumpa dan berapa kali terlanjur. Dan sekarang saya hamil lagi. Ya Allah berdosa nya saya. Saya sayangkan dia. Dan cinta pada suami mula hilang, bila suami call saya tak ada mood nak angkat.

Salah ke saya pilih kebahagiaan saya. Dan dia janji akan ceraikan isteri dia.. doakan kebahagiaan buat saya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *