Isu Keluarga

Masalahnya Masa tu dalam kul 2 pagi aku dengan mak aku terkebil kebil dok balut ketupat dia keluar dari bilik tak pandang pun kami ni terus pergi bilik air.

Salam admin dan pembaca semua. Minta admin hide profile aku. Aku nak luah pasal perangai adik ipar aku. Aku pendam dari raya kedua lagi.

Cerita dia macam ni. Raya tahun ni semua adik beradik aku balik kumpul rumah mak aku. Pastu adik aku ni balik dengan bini and anak diorang umur setahun lebih.

Nak dijadikan cerita malam tu kan dapat pengumuman raya mengejut jadi memandangkan dalam famili tu ada tiga orang ja perempuan which is mak aku, aku and adik ipar aku tu gelabah la kami ni dok masak kat dapur.

Yang lelaki biasalah kemas rumah apa patut. Nak dijadikan cerita bermulanya per4ng kami ni sebab malam tu mak tegur cara dia basuh ayam. Pastu dia macam tak puas hati then tarik muka. Aku perasan sbb kejadian tu memang depan mata la.

Lepastu dia macam baling2 ayam tu dalam sinki. Aku agak geram la makanan kot. Then anak dia nangis. Dia pun pergi la urus anak dia. Aku pun sambung la basuh ayam apa semua. Then lama dia hilang dekat tiga jam aku rasa.

Maslahnya Masa tu dalam kul 2 pagi aku dengan mak aku terkebil kebil dok balut ketupat dia keluar dari bilik tak pandang pun kami ni terus pergi bilik air. Aku macam pelik la. Why kan. Takkan pasal tegur basuh ayam tu dia nak touching. Lepas tu aku ok lagi.

Lepas tu adik aku keluar bilik bagitau mak aku kata bini dia terasa mak tegur cara dia basuh ayam. Mak aku pun macam agak terkejut la. Terus mak aku cakap ha tak pa la. Lepas ni tak tegur dah. Esok tu kan raya.

So ada la sesi maaf maafan ni and korang tau apa?? Masa raya adik ipar aku ni tak salam tangan mak aku wei. Dia menempek ja kat laki dia. Pastu saudara mara kami sampai nak beraya.

Bila orang beraya kita sebagai tuan rumah kena la jamu kan so aku dengan mak aku ni kalut la gi dapur bancuh air cedok rendang semua aku pun minta la tolong dia ambik gula ja dalam laci pastu tiba tiba anak dia nangis.

Dia tengah dukung masa tu. Terus dia pujuk² anak dia. Tapi korang tau apa yang aku nampak? Aku nampak dia cubit anak dia bagi nangis. Semata2 taknak tlg ambik gula ja. Elok saudara semua balik aku cakap la kat dia taknak tolong tak apa.

Tak payah sampai cubit anak. Lepas tu dia terus meroyan jerit² bgitau kat laki dia kata aku dok fitnah dia. Petang tu masa anak dia tidur aku londeh sikit seluar tengok paha mmg ada kesan biru.

Aku bukan apa aku ni kawen dekat 7 tahun dah anak tak dak lagi. Mmg la aku sedih bila dia sedap² hati dia ja cubit anak tanpa sebab. Petang tu jugak diorang balik pahang pastu dia siap keluar grup famili lagi.

Aku tau aku salah sbb dok tegur dia. Tapi cara dia cubit anak sbb x nak tolong tu yang buat aku tak puas hati. Sekian tu saja. Korang pikirlah kalau korang kat tempat aku apa korang rasa..

Leave a Reply

Your email address will not be published.