Isu Keluarga

Masalahnya lepas 5 bulan kami berkahwin janda suami meroy4n nak suami balik sampai sanggup pasang b0m0 dan pemisah

Asalamualaikum warga krt. Sebelum kawin dengan suami, saya kenal seorang lelaki yang sangat saya sayangi namun lelaki ini curang d belakang saya. Bila kantoi saya beri peluang berkali2 namun tidak diharga.

Bila saya minta dia nikahi saya, katanya dia tidak bersedia. Saya merayu melutut di kaki dia sebab saya terlalu sayangkan dia. Tapi dia memutuskan hubungan dengan saya dengan alasan saya tidak mahu melayannya di atas katil sedangkan masa tu kami tak kawin lagi.

Dia cakap saya macam sampah sebab tak beri kenikmatan pada dia. Saya sedih min, bertahun2 saya tak dapat move on sebab saya sayangkan dia. 3 tahun min, walaupun dia masih d hati saya, tapi saya harus teruskan hidup, saya meneruskan kerja saya, di satu tempat, saya kenal dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Pertama saya tak layan lelaki ni, namun bila terfikir, lebih baik saya terima lelaki yang terhegeh2 nak kan saya, bukan saya yang terhegeh2 nak kan dia. Lelaki ni seorang bisnesman, income sebulan dalam 10k. Lelaki ni bisnes bersama isterinya. Dan wang yang mereka dapat akan dibahagia 2.

Oleh kerana lelaki ni suka kat saya dan dia ingin menikahi saya, dan saya setuju dengan niat ingin berkongsi kasih dan bukan untuk merampas tapi isterinya meng4m0k tak tentu pasal. Lelaki ini di maki hamun dan di halau oleh isterinya.

Bila mereka berbaik, isterinya setuju kami berkahwin dengan syarat dia di ceraikan dan income akan dibahagi dua macam biasa. Adil ke buat saya min? Saya isteri sah dan income sepatutnya di bahagi 3?

Saya ada bincang pada lelaki itu namun katanya dia akan cuba cari duit lebih. Akhirnya saya bersetuju dan kami pun berkahwin.

Masalahnya lepas 5 bulan kami berkahwin janda suami meroy4n nak suami balik sampai sanggup pasang b0m0 dan pemisah, namun saya bawa suami berubat akhirnya suami sembuh. Janda tu nak rampas suami sedangkan dlu dia yang minta cerai.

Namun tanpa diduga. Suami kem4l4ngan jalan raya dan badan suami lumpuh. Saya lah yang menjaga suami, janda tu dah mula menjauh, suami dah berbulan2 tak dapat berjalan, saya lah yang menjaganya sampai satu tahap ex saya muncul semula menagih kasih,

oleh kerana saya manusia biasa yang punya sifat ingin disayangi. Saya mula rapat dengan ex saya yang juga suami orang kami sering jumpa dan terl4njur masalahnya sekarang saya hamil min dan saya pasti ni bukan anak suami. Apa perlu saya buat?

Sejujurnya saya dah tak cintakan suami, duit suami pun habis untuk rawatan dan keperluan nya saja. Saya layak bahagia min. Salah ke kalau saya meminta cerai sebab ex saya dan isterinya dalam proses bercerai. Bantu saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.