salam krt terima kasih kerana hide kan profil saya.. saya berstatus isteri orang tetapi secara tidak langsung saya telah berkenalan dengan sorang lelaki yang berstatus suami orang melalui aplikasi instagram kerana saya dan dia banyak menyertai acara sukan namun saya dan
Dia hanya status kawan tidak lebih dari itu tetapi apa yang saya kurang senang adalah isterinya kerana isterinya pula terlebih2 banyak cakap dengan saya yang kalau tak ada hal penting untuk calling dan text dengan suaminya tak perlu sibuk calling/text ..
sedangkan saya just berkawan sahaja bukan bercinta pon. Kitaorang tau jaga batas dan sedar sama2 ada keluarga. lepas tu boleh pula dia kata apa2 mesej saya dengan suaminya semua sekali dia baca.. kenapalah semuanya cek? saya bukan peduli.
Saya sikit pun tak ambil tahu pasal dia.. dia pula banyak cakap dengan saya kenapa? cakap konon suami isteri sedangkan dekat instagram tak ada pon gambar bersanding dan baby.. lepas tu bila saya try nak jumpa suaminya pun suaminya bagi lampu hijau je?
senang pon jalan sesama dan makan sesama.. kalau nak menipu pun agak2 la kan. tapi kalau diorang suami isteri pun.. saya dah cakap just kawan! saya nak tengok sejauh mana perempuan tu boleh control yang saya ni boleh mesej laki dia ka atau tidak.
peduli apa saya saya tengok lelaki tu pun bila saya mesej dia..
nak tak nak reply je entah2 ikut cakap isteri dia tu..
Nak saya buat muka marah bru nak reply mesej saya.. memanglah lelaki tu kata dia dah kawin tapi saya tak percaya sebab semua dalam ig nya hanya gambar dia sorang sedangkan saya elok je pos gambar suami saya.
Pada mulanya lepas dapat berjumpa lelaki tu saya happy sebab jumpa kawan baru tapi masalahnya apa yang menyebabkan saya sakit hati tahap dew4.. bila saya korek rahsia diorang berdua boleh pula diorang tidur sesama.. siap make love lagi..
tak malu ke belum kahwin dah make love? tapi lelaki tu rileks je menjawab soalan saya.. katanya konon sebab perempuan tu dah jadi isterinya.. isteri lah konon.. saya hampir2 dah nak buat report yang diorang tu tinggal bersama2 sedangkan diorang tu boy friend / girl friend.
Yang lawaknya lelaki tu juga merayu dengan saya agar saya tidak buat begitu kerana dia bekerja banyak bejumpa dengan orang awam.. nampak sini kan apa yang dia tsayat.. kalau dah kawin apa yang nak tsayat..
sebab lelaki tu pon jenis melayan.. hampir2 saya viralkan yang lelaki tu belum kawin jika dia tak layan langsung dengan saya..apa yang mencabar kesabaran saya lagi..
dalam diam saya ekori kemana lelaki tu pergi sebab kebetulan saya nampak dia jalan ke bandar.. baru saya nak Paking kereta dekat keretanya.. hampir mengamok saya sebab lelaki tu dah jalan ke tempat lain..
ppuan tu pula yang ada dalam keretanya.. saya hanya maki dia dalam text je yang saya nampak perempuan tu di dalam kereta sambil tengok dari jauh. Diisini saya mula surrender untuk menjauhkan diri..
kerana apa yang saya nampak keadaan mereka seperti suami isteri.. tapi saya tak pasti lagi dan lebih bertambah robek hati saya.. saat saya menghadiri 1 event yang saya bakal berjumpa dengan dia..
saya terjumpa lelaki dan perempuan tu dalam jarak 1 meter di depan saya sambil mereka berkepit tangan.. saya terkejut kerana saya tidak sangka berjumpa dengannya semula..
yang geram saya.. lelaki tu tak perasaan saya lalu di sebelahnya sedangkan wifenya yang saya baru pertama kali jumpa masa itu merenung saya tanpa mengalihkan pandangan ke tempat lain seolah2 tiada rasa gentar dan tsayat..
Masa itu saya tidak mampu berkata apa2 dan terpaksa dalam keadaan tenang makin perit hati saya , bila mereka sudah melangkah jauh, perempuan itu sempat menoleh ke belakang untuk melihatĀ seakan sudah mengenali saya..
saya trus mengalihkan pandangan ku ke tempat lain agar dia tidak tahu saya sedang melihat mereka.. di situ baru saya dapat cam perempuan itu..
perempuan itu terlalu cantik bertudung litup dan berkulit putih berbanding saya hanya memakai baju dan jeans.. tapi saya menjauhkan diri kerana saya tahu ke mana sj lelaki tu berada pasti dia akan membawa perempuan itu..
cukup luahan saya sini⦠cuma saya pesan.. tak semua orang text atau berjumpa suami orang tu perampas.. just berkawan.. tak payah lah cemburu lebih2.