Assalammualaikum KRT. Benarlah kata pepatah, kita jangan selalu mendabik dada sekali Allah uji kita, kita boleh tergelincir. Begitulah yang jadi pada saya.
Saya seorng isteri dan ibu kepada 4 orang anak lelaki.
Dari awal pernikahan hingga hari ini saya saya tak pernah bahagia, walaupun suami saya memang baik, tapi ibu mertua terlalu jahat pada saya dan anak2 hingga buat saya berubah hati.
Tapi tak tahulah macam mana nak mula.
Kisahnya sejak awal tahun ni hati saya menaruh pada suami orang tetapi Kami baru sahaja berkenalan.
Lelaki tu tak tahu lagi saya isteri orang sebab ciri perwatakan saya lebih seperti wanita bujang dan sekarang bila saya nampak profile whatsapp lelaki tu bersama isterinya hati saya cemburu.
Ya Allah, kenapa dengan saya?
Tolonglah doakan saya agar dijauhkan perasaan ni.. Saya hanya harapkan ini semua mainan sy4it4n Saya belum terdesak untuk ambil suami orang. Saya tak tergamak buat begitu. Saya masih sayangkan keluarga saya Doakan saya, terima kasih semua.