Salam KRT sila hide identity saya, saya ada kisah silam nak cerita untuk jadi pengajaran dekat semua orang, saya kini berumur 35 tahun saya dah berkahwin dua kali. Perkahwinan pertama dengan ahli sukan yang agak kacak. Saya kahwin pada umur 23 tahun dengan dia. Kami bercinta lebih kurang 5 tahun sebelum kahwin. Mak dia pulak tak suka saya sebab maklumlah saya tinggal di KL dan masa tu muda dengan free hair nya lagi dan blonde huhu. Saya sampai bergaduh telefon mak dia menangis-nangis bagitau mak dia saya nak kahwin dengan anak dia. Anak dia pulak kemain bersumpah dengan maknya kalau tak kawin saya dia takkan kawin sampai m4ti. Akhirnya mak dia masuk lah meminang saya dengan muka yang ketat dan masam.
Ya Allah nikmatnya kawin bila tersentuh suami tu macam kena electric. Tetapi malangnya perkahwinan kami tak ada anak. Kami pulak bila da kahwin sorang duduk di utara sorang di KL sebab dia dapat tawaran dari team sukan di Utara, makanya jadi weekend husband and wife. Bila dah duduk jauh ni macam-macam lah dugaan kan. Kami kerap gaduh, perasaan cinta saya makin pudar dengan dia, bila tak jumpa saya macam tak berapa nak pedulikan dia rasa meluat dengan dia.So kehidupan weekend husband and wife kita orang berpanjangan.
Ok part mak dia pulak setiap kali saya balik rumah mak dia, sepatah har4m tak bercakap dengan saya. Saya pulak muda masa tu kan, so bila orang tua tu tak bercakap dengan kita ,kita buat lah hal sendiri. bukan saya tak cuba bodek, balik kampung nak amik hati dia saya pakai la selendang sebab maybe dia tak suka saya free hair kan huhu. saya bagi juga duit buat belanja masak raya, bila kita nak tolong kat dapur dia tak kasi so kita buat lah hal sendiri kan.
Dipendekkan cerita selepas kami telah berkahwin saya ada buat silap bila saya terlanjur dengan lelaki bujang lain lelaki ni pulak dah tau saya kawin tapi dia mcm nak conquer saya sebab saya ni boleh la dikategorikan cantik dan masa tu pulak saya drive kereta mewah. Patutnya bila dia tau saya dah kawin dia blah la kan. Tapi dia mcm suruh saya pilih pulak antara dia dan suami saya. Sampai bila saya jumpa suami saya dia sanggup call suami saya.
Hmm saya muda masa tu saya tau saya silap dan tak patut kawan dengan laki lain selain suami saya. Tapi tu lah dugaan saya. (Sumpah saya dah bertaubat)Dalam Hubungan saya dengan suami jadi huru hara. Kadang-kadang suami merajuk sampai tak reply sms and tak jawab call.
saya cuba pujuk dia tak layan. Bila saya merajuk dia tak pujuk pulak. So hati saya makin tawar. Dipendekkan cerita lagi saya accident lepas balik dari jumpa suami, kereta total lost tapi alhamdulillah saya tak apa-apa, tu lah Allah nak tarik sekejap je kan.
Lepas accident tu saya buat keputusan muktamad nak ikut suami pindah terus dan ikut dia. So saya pun pindahlah.
Ok dipendekkan cerita bila saya dah duduk dengan dia , dia pagi petang training, balik rumah bawa saya keluar makan and dia keluar semula katanya ke rumah kawan dia melepak,
semalam dua dia bawa la saya ikut dia pergi rumah kawan tu, tapi hari-hari balik lewat so hari seterusnya saya taknak ikut.Ok dipendekkan cerita lagi hari hari pulak dia keluar malam , pastu saya dah start tak suka and merajuk sebab dia balik almost nak subuh.
Dah balik rumah mandi mandi terus g training. Dah la baru kawin, baru pulak dapat duduk sekali tapi dia suka melepak pulak balik lambat jumpa kawan dia. Saya pun mulalah merajuk and start telefon kawan-kawan saya yang di KL balik. Saya start tak bercakap dengan suami, memberont4k la konon masa tu..
bila dia tanya kenapa saya buat b0d0 and cakap nak balik KL. Setiap hari la bergaduh menjerit jerit menangis tertekan dengan dia. So dia pulak takut saya lari bila dia pegi training dia kunci saya dalam rumah.
Pastu dah la seharian kurung saya, bila dia balik dia tak bercakap dengan saya, lagilah saya stress. So masa tu lah saya dah menjerit sbb tertekan. Sampailah dia terpaksa call parents saya suruh selesaikan masalah kita org.
So my parents dari jauh datanglah nak selesaikan masalah akhirnya bapak saya tanya saya nak ikut dia balik ke nak stay dengan suami. Confirm lah masa tu saya nak ikut bapak saya balik kan. Maklumlah anak bapak.
So saya pun ikut lah parents saya balik, yang si suami ni pulak pesan dengan parents saya jgn bagi saya pakai phone dia taknak saya berhubung dengan kawan2 saya, ok fine dia rampas semua phone saya, ada 3 phone masa tu semua dia amik.
Purse, ic , kad bank segala pun dia pegang, satu je dia tak pegang passport saya. Ok bermulalah kisah di rumah parents saya dikawal ketat oleh parents,kakak and abang ipar,dilarang guna phone.
ada satu malam saya curi-curi guna kakak saya punya phone contact kawan2. kantoi pulak dengan abang ipar masa tengah guna phone tu,
Bila kantoi dengan abang ipar, dia masuk bilik dan ter4j4ng saya. Ko bayangkanlah aku kena ter4j4ng dengan abang ipar!! Tersvngkur bawah katil. Dalam sempat kena terajang tu saya sempat call ex husband and menangis marahkan dia sbb dia punya pasal la saya kena kurung and kena sep4k ter4j4ng malam tu.
Pagi subuh tu juga my ex husband sampai. Dia duduk pandang muka saya dan cium dahi dan terus keluar balik start kereta. Saya masa tu tergesa-gesa la bangun dah dengar kereta dia tu,tak sempat kejar dah jalan.
Ya Allah patahnya hati sy masa tu nak call tak boleh sbb takde phone , then saya pinjam phone mak and call dia suruh dia patah balik ambil saya, dia taknak, dia kata dia kena balik ke Utara sbb ada training petang tu,
rupanya dia datang semata-mata nak tgk saya je. Meraung saya sedih sangat-sangat sbb masa tu saya memang nak ikut sangat dia balik.
Beberapa hari saya bersedih kenangkn nasib diri dah la kena kurung, kena teraj4ng dgn abg ipar , lepas tu ex suami datang ingatkan dapat la luah rasa sedih, ditinggalnya kita mcm tu je. Lepas kejadian tu saya tekad lari.
Saya lari sehelai sepinggang , tukar phone number, satu family and ex husband mencari mcm orang gila lepas tu. Tp hati saya dah tawar.
Perkahwinan kami terg4ntung selama setahun lebih dalam pada masa tu kami ada cuba juga untuk berbaik tapi bila dia nak berbaik hati saya taknak, dan bila saya cuba nak berbaik dgn dia , dia pulak taknak, so mcm dah tak sefahaman so saya pun file cerai.
9 tahun jugalah menjanda dan jumpa macam2 orang.alhamdulillah tahun lepas saya dah bernikah dengan seorang lelaki yang baik.
Diterima kedua2 keluarga tapi masalahnya hati saya pula asyik teringat dekat bekas suami sampai masa bersama pun saya terbayang bekas suami. Tak tahu nak cerita macam mana dah.