Isu Keluarga

Masalahnya aku pernah terserempak dengan dia dulu masa tu dia dengan wife dia sedangkan aku dengan suami aku masa tu

min plis rahsiakan profil aku. salah ke kawan dengan orang yg pernah bercinta dengan aku. dulu sebelum aku kawin. aku ada bercinta dengan satu lelaki. dia ni tak pernah mluah cinta pada aku.

Tapi dia selalu cakap dia akan ada dengan aku susah dan senang. aku suka dia. dia suka aku tapi aku dan dia tapi tak pernah meluah. sampai la satu masa aku berkenalan dengan suami aku sekarang. sejak itu aku tahu si dia kecewa sebab aku kawin dengan orang lain.

masa pun berlalu. Aku bahagia dengan kehidupan aku. Tak ada lagi ” sidia”. Aku tahu dia bahagia dan aku bahagia. kami anggap jodoh tak ada. dan allah saja tahu kenapa jodoh kami tak ada. 1 tahun lepas.

aku terjumpa si dia. rupanya aku 1 tempat kerja dengan dia. Cuma lain tempat. tapi bila kami ada meeting. kami akan berjumpa. puas aku elak.

Terus terang aku cakap aku dah tak ada hati dengan dia. aku bahagia dengan khidupan aku. aku profesional. berkerja 1 tempat sama walau lain tempat. tapi apa yang jadi lepas biar lepas

tapi berlainan pula ngan dia. dia dah berkahwin. ada keluarga. sama mcm aku.. bila jumpa pada meeting di tempat kerja dia berusaha cakap dengan aku. dan aku elak. tapi ada 1 hari aku mengalah.

aku cakap dengan dia nak apa lagi. aku jumpa dia sebab aku rimas.
rupanya dia cakap dia nak jadi kawan macam dulu. tapi cukup kawan. tapi aku takut. aku takut pandangan orang pada aku. Aku isteri orang.

Dia suami orang
walau kami berkawan biasa tanpa melibatkan perasaan tapi orang tetap pandang buruk..Aku tak mahu macam ni. Nak kerja pun rasa tak selesa. Lagi2 kalau boss panggil meeting.

pernah rasa nak berhenti kerja tapi aku bnyak benda nak kena bayar. banyak tuntutan. aku ada cerita dengan suami. suami aku dia kata selagi tak melibatkan perasaan dia ok. sebab suami aku kenal dia.

Kalau dia agak melampau. dia suruh aku fikir nak teruskan kerja atau berhenti. banyak kali dia cakap boleh tak kalau kita kawan balik macam dulu. entahlah min serabut.

Masalahnya aku pernah terserempak dengan dia dulu masa tu dia dengan wife dia sedangkan aku dengan suami aku masa tu lama kami tak jumpa last jumpa masa aku dah bergelar tunangan orang.

Suami aku tegur dia dulu. dia terkejut nampak aku. dia kenalkan aku dengan wife dia. tapi hmmm wife dia pandang aku dengan pandangan yang sangat2 teruk. sebab tu aku tak nak kawan dengan dia..

sebab aku paham perempuan mana nak suami dia ada kawan perempuan. aku pun marah macam tu. macam mana ni min. pening aku. kalau boleh tak mau tengok muka dia. nak berhenti kerja sayang. boss baik.

kawan2 baik. gaji sedap. tapi sejak wujudnya dia yang aku jumpa tiap kali meeting buatkan aku susah hati.. siap dia cakap salah ke kalau kita kawan mcm dulu. hmmm entah lah min. pening aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *