Isu Keluarga

Kisahnya bini abang ipar ni up status beli gelang emas yang boleh kira tebal besar tapi masalahnya lepas tu dia padam status tu lepas je saya tengok

assalamualaikum min, minta tlong hide profile saya ye.  saya ada isu dgn bini abang suami n abg suami dari sebelum kahwin lagi tapi x sangka perangai family in law pun sama naik.

isunya si bini dia ni kaki pinjam pastu lari x bayar. masa kitorang awal kahwin, si suami bagi pinjam duit dekat abang dia sbagai modal berniaga tapi yang peliknya, si bini abang suami ni yang meniaga benda tu. kejadian ni sebelum abang suami kahwin.

Kisahnya bini abang ipar ni up status beli gelang emas yang boleh kira tebal besar  tapi masalahnya lepas tu dia padam status tu lepas je saya tengok. kalau  korang tengok kan berlaku x salah faham? semestinya sebab situasi dia ni meminjam.

saya cerita dkat suami apa saya nampak lepas tu saya persoal lah betul ke abang awak yg pinjam atau lesen je untuk bini dia tu nak show off dekat orang? saya jadi x sukalah kalau awak nak berniaga berniaga jalah,

ni dah dalam situasi meminjam lepas tu up beli barang2 mahal macam tu. si suami ni boleh tahan x faham bahasa juga bila dia pun pergi cerita dekat mak dia.

time raya, mak mentua datang berata rumah sebab suami xboleh balik keje. alah nak tengok saya sebab saya x pernah nak jumpa diorang sebelum kahwin selama 4 tahun jumpa sekali tu sebagai taaruf je dgn mak dia itupun bukan dilayan sebab saya orang luar, saya xpandai cakap dialek sana jadi xberapa nak sembang.

cumanya si biras ni memang dri dulu rapat dgn mil n family in law ni. ambik hati kaw2 tu. cuti ja balik sekali dengan suami dia sebelum kahwin dulu. 7 tahun jugak.

kes dia bila mil tanya, btul ke dia post tu. saya mula2 memang x nak cakap xnak diorang masuk campur tapi xsangka plak diorang ni masuk campur habis dari A smpai Z siap basuh bini abg suami tu. saya xnak pun benda masalah ni bagai. 

Lepas tu si adik suami ni plak lalang jugak, dekat saya bercerita dekat biras tu oun bercerita seolah2 nak tolong lah tapi dia hanya keruhkan keadaan je. masa saya nak kahwin dengan suami ritu,

rupanya si abang suami ni bercerita kata saya xboleh lebih dari bini abang suami tu sedangkan yang selalu buat hal tu bini abg suami. diorang menangkan jugak betin4 tu.

saya jadi panas lah sebab x pernah2 saya bukak mulut pasla diorang walau busuk prangai diorang dgn mak mentua semua yang nampak buruk saya plak sedangkan kenal dengan saya pun x  lagi. dah cari pasal.

sampailah saya confront sendiri dgn si bini tu. rupanya mmang adik suami tukang menyampai. lepas tu diorang salahkan saya sebab saya bersuara dan saya cakap apa yg adik dia cakap. si bini abang suami ni lupa yang aib dia punya banyak kita simpan tapi sampai tang kita.

kemain bercerita. x tahu sapa dengki dengan sapa sedangkan saya block merata dah si bini tu sebab x nak ada gaduh2..

lepas tu saya perasan mak mentua kuat betul perli2 psal kata saya jangan jdi hati busuk bagai sedangkan anak dia yang keruhkan keadaan.

x tahulah semua, buntu sangat, dahlah tengah mengandung kena plak mcm ni. dah cakap dgn adik suami tlong jangan masuk tapi rupanya jdi penyampai.. x tahulah min.

btw suami baik.. cuma family dia ni mcm kurang kasih sayang kut lapar attention. silap saya ke sebab saya ni lantang lepas tu memang saya cakap je terus kalau benda xbetul.

x sangka min diorang buat saya macam ni sedangkan saya baru kahwin dgn suami. awal2 dah kena konflik mcm ni.. x tahu nak hadap macam mana. penat

Leave a Reply

Your email address will not be published.