Salam min… tolong hide kan profile saya…terima kasih. Nak minta pendapat warga KRT ni… saya belum sampai setahun berkahwin dan sekarang sedang hamil 4 bulan dan ini anak pertama..
nak dijadikan cerita saya selalu tertekan, stress dan sakit hati, sedih dan kecewa… suami kerja driver lori ja… siapa dalam ni yg kerja driver lori ja tahu gaji setiap bulan tak menentu berg4ntung pada trip banyak atau sikit..
kalau banyak dapat lah banyak kalau sikit nak buat macam mana oder tak banyak… okay nak dijadikan cerita sepanjang perkahwinan kami ni tak pernah cukup…
saya baru berhenti kerja kerana suami tak benarkan sebab saya mabok kuat ketika hamil ni… sebelum ni duit belanja bulanan suami bagi kat MIL rm1500.. dan nafkah untuk saya 300-500 ja..
gaji suami baru 3k++… mana nak bayar kereta lagi duit minyak lagi barang keperluan lagi. korang kira lah tinggal berapa ja duit makan.
Kisahnya saya bincang dengan suami minta kurangkan duit belanja pada MIL yelah memang tak cukup untuk kami.. dengan suami tak de duit saving untuk anak pertama dia yg dalam perut ni…
Lepas tu suami setuju untuk bincang dengan MIL untuk kurangkan duit belanja bulanan… masa suami bincang dengan MIL saya mmg tak campur… biar lah anak dan mak berbincang..
lepas tu MIL setuju dari 1500 jadi 1k… selang berapa hari kemudian suami belum balik kerja dan FIL dan adik2 ipar yg lain keluar tinggal lah saya dan MIL kat rumah… masa tu dia timbul kan isu duit bulanan..
siap bagi fatwah2 mengenai anak lelaki kena lebihkan ibu kena pentingkan ibu kena bagi ibu duit lebih… dia macam perli saya lah disebabkan saya duit belanja berkurangan..
malam tu juga dari saya kawal perasaan dari marah sampai lah saya bertegang urat dengan MIL… tapi tak de lah gaduh besar… cuma selisih faham ja… saya dah terangkan sekarang kami dah berumahtangga dan nak mempunyai anak sulung..
tapi suami tiada saving apa2 untuk baby… yelah orang mengandung ni tak boleh dijangka kadang boleh jatuh sakit… demam ke apa ke… semua nak pakai duit..
ni kadang suami gi kerja pun dalam wallet ada rm2 ja.. kalau tak kesian kan saya dan cucu dia dalam perut ni kesiankan lah anak awak sendiri jangan lah seksa dia..
walaupun awak yg besar kan dia jaga dari kecik sampai lah besar… habis isteri2 macam saya dan isteri2 diluar sana ni?? dibesar kan dan dijaga dengan patong ke?? dengan b4tang kayu?
tapi bila berkawen masuk keluarga Suami terus jadi anak yatim piatu ke??… banyak lah lah dia cakap saya itu ini… pastu yg bergaduhnya saya dengan suami..
saya rasa mertua saya ni dikalangan mak mertua yg suka hancurkan rumahtangga anak sendiri sampai layanan kat isteri anak sendiri macam t4ik… ni baru cerita pasal MIL belum cerita ipar2 pula… tersiksa saya.
tolong lah mak bapak yg mana ada anak lelaki tu faham lah juga komitment dah tak sama macam masa bujang ya… jangan sebab mak bapak tak boleh bertolak ansur rumahtangga anak yg baru nak dibina jadi retak… sekian terima kasih…