Isu Keluarga

Untuk pengetahuan saya pernah cakap pada suami kalau susah sangat nak pakai cream pakai je bedak kt muka tu supaya tak busok

Assalamualaikum, saya taktahu nak luah dekat siapa. Saya tak puas hati dengan suami saya sebab dia tak jaga kekemasan diri. Saya dah banyak kali bising saya minta dia tolongla jaga sikit.

Masalahnya saya ada belikan cream muka tapi dia akan pakai kalau ingat atau kalau time saya ingatkan je. Untuk penhetahuan saya pernah cakap pada suami kalau susah sangat nak pakai cream pakai je bedak kt muka tu supaya tak busok.

Pun tak buat. Saya sampai pernah cakap takkan saya nak jaga muka dia mcm jaga anak, hari2 nak sapukan cream atau bedak kt muka dia. Kalau perfume memang tak pernah pakai, tak pasti dia pernah ada perfume ke tak.

Rambut kalau kusut, macam tu jelah. Rambut dia kerinting, jadi kalau kusut mmg nampak la kusut. Saya rimas. Saya banyak kali cakap dengan dia tolongla jaga kebersihan, saya suka org yang kemas, yang bersih.

Saya banyak kali highlight tau yg saya suka lelaki yg kemas, yang wangi. Tapi dia langsung tak anggap apa yg saya bising2 bebel2 tu serious. Dia mcm langsung tak kisah pendapat saya. Dia ingat saya main2 ke.

Saya kadang pelik la org lelaki ni ingat perempuan takda taste ke redho je ke. Ingat suami je ke boleh tak selera tengok isteri. Post ni pun saya mmg mcm harap dia baca, bukan apa sbb saya dah bising, dah tegur, tapi dia buat bodoh je buat taktahu.

Tak pernah ambil serious. Kadang sebelum tidur tak mandi. Aduhai, saya tak suka la, bukan apa, saya geli. Kalaula dia baca mesti dia marah cakap buka aib, tapi habistu dah tegur, dah bising, dah marah, tak pernah jalan, mcm mana.

Benda2 mcm ni dia ingat takkan effect rumahtangga kot biar jela selekeh mcm mana pun isteri kena redho mcm tu? Em jangan sampai saya pandang lelaki lain bang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.