Isu Keluarga

Masalahnya Isteri saya kerja sekolah agama biasa sahaja jadi mak saya nasihatkan isteri saya sedikit utk sabar sementara hidup stabil

Assalamualaikum admin. Saya sebagai anak lelaki yg dikatakan sebagai “anak mak” sebelum kahwin. Saya dah kahwin 4 tahun tapi tiada rezeki utk ada anak. Isteri saya tak suka mak saya and tak nak balik dah rumah mak saya sbb dia kata mak saya masuk campur hal rumah tangga kami.

Tapi saya mmg kadang2 cerita skit masalah dkt mak saya. Mak saya jarang nak masuk campur kecuali hal2 tertentu sahaja mcm isteri saya gaduh nak buat IVF. Nak buat IVF kenalah mampu. Tapi saya tak mampu. Saya baru sahaja kerja kerajaan and gaji tak banyak.

Banyak hutang yg perlu tanggung. Mak ayah saya dah tua. Saya setiap bulan tak cukup duit. Sbb hutang bank terlalu banyak malah isteri saya taknak bantu pun.

Tapi mak ayah selalu masukkan sedikit duit walaupun diorang sendri pun ada cukup2 duit utk makan. Isteri saya suruh buat loan utk IVF tu. Then suruh beli kereta baru lagi.

Masalahnya Isteri saya kerja sekolah agama biasa sahaja jadi mak saya nasihatkan isteri saya sedikit utk sabar sementara hidup stabil. Lepastu isteri saya jenis suka meng4muk kalau tak pergi jalan2.

Perangai dia seolah olah mcm kanak2 kecil. Tiap2 hari bergaduh sampai jiran lain boleh dengar. Kalau saya beri sesuatu dkt mak saya seperti duit lebih, mesti dia marah. Duit kwsp 10k pun saya bagi 500 sahaja utk mak saya.

Yg lebih byk saya habiskan utk isteri saya. Dan mak saya tak kisah pun benda ni sbb mak ckp perlu belanja keutamaan isteri. Saya sedih. Setiap kali raya, isteri saya tak pernah nak balik raya. Ada je cuti, mesti balik belah isteri saya.

Sampaikan saya rasa mcm saya ni anak derh4ka sbb jarang nak balik rumah mak sendiri. Raya baru ni pun saya balik seorang walaupun 2 hari sahaja. Selebihnya 5 hari di rumah belah isteri saya.

Dia akan meng4muk kalau saya duduk lama dkt rumah mak saya.  Ni mak saya dah tawar hati dgn isteri saya. Saya tersepit antara isteri dan mak saya. Mak saya adalah syurga saya tapi banyak saya lukakan hati dia.

Saya lebih banyak jaga hati isteri saya sampai lukakan hati mak saya sendiri. Apa patut saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.