Isu Keluarga

Masalahnya sekarang Ajin0m0t0 biasa aku beli sekilo tapi tak sampai seminggu habis sampaikan aku rasa pelik juga isteri adik aku tu

Hai min.. Nat minta pendapat natizen2 semua.. Sy dah berkahwin 6 tahun dengan seorng isteri yg sangat2 cantik (level2 model & ratu cantik), dia rajin, penyayang dan sangat setia dengan aku yg tak ada rupa dan harta ni, dan kmi mempunyai 3 org anak yg saaangat comel, mungkin menurun dari wajah isteri yg cantik.

Dulu mula2 kenal dan kawin dengan isteri, hidup aku senang sikit hasil dari bisnes aku supply2 barang, untung bersih setiap bulan ada la dlm 20k – 30k dan guna kereta besar dan selalu mkn luar,jrng masak dekat rumah.

Tapi sejak pkp,bisnes tak jalan dan akhirnya kereta dan segala emas2 aku terpaksa jual untuk krlangsungan hidup dan akhirnya aku kerja mkn gaji dengan gaji hanya 2k sebulan. Memang mula2 terasa susah sangat nak urus perbelanjaan dengan pendapatan yg sangat2 sedikit tu.

Mentua dan ipar2 aku sangat2 baik dan diorng sangat2 sayangkan aku, yg jadi masaalahnya ialah ibu, adik lelaki dan ipar aku sendiri min. Ibu aku ni seorng bisneswomen, solat 5 waktu,solat tahajud, solat duha dan selalu baca Quran.

Tujuan aku minta pandangan,bukan nak buka aib ibu (tak aib pub sbp natizen tak kenal pun aku dan ibu)Yg jadi masaalahnya, ibu aku ni sangat2 tak suka dengan isteri aku ni. Dulu aku duduk dekat rumah ibu sbp rumah besar dan ayah aku dah tak ada. Benda ni berpunca dari adik lelaki aku dengan isteri dia yg pemalas min.

Tahap malas diorng ni, bangun tenga hari. Bngun2 je mkn. Piring tak basuh,meja tak kemas, rumah tak sapu, kain suami isteri dan anak2 diorng bertimbun sampai berminggu2 tak basuh.

Klu diorng basuh baju,dari pagi sampai petang non stop baru habis basuh dan dah 2,3 kali rosak mesin basuh tu sbp nobstop cuci, pastu sumbat penuh2 sampai overload. Kain selalu sampai busuk dan berulat.

Isteri dia boleh katakan sebulan sekali je masak. Pastu perangai pelik isteri dia tu, kebanyakan benda yg aku beli, dia ambil dan sorokan dlm bilik dia. Termasuk bawang, ajinomoto, garam, sabun kain, syampoo, sirap, dan mcm2 lagi la.

Aku biar je dia buat mcm tu, tapi isteri aku yg selalu bising sbp isteri aku ni pembersih lepas tu rajin buat kerja,bila dia nak masak, barang nak masak tak ada, dia bising kat aku.

Masalahnya Ajin0m0t0 biasa aku beli sekilo tapi tak sampai seminggu habis sampaikan aku rasa pelik juga isteri adik aku tu, dia ambil barang2 tu tapi dia tak masak, apa lah dia buat dengan benda2 tu.

Pastu bila isteri selalu bebel kan aku, aku pun bagi tahu la adik aku untuk tegur isteri dia, tapi belum lagi adik aku periksa betul2, dia dah melenting dan kata isteri dia tak buat mcm tu. Tapi dia sendiri tak rasa pelik ke, dari mana isteri dia dapat benda2 tu ,contohnya sabun kain untuk cuci kain, padahal adik aku bukan ada beli sabun pun.

Benda2 tu buat adik aku hasut2 ibu aku kata isteri aku jahat dengan dia dan isteri dia. Aku pun pelik dengan ibu aku ni, dia sayang sangat dengan adik aku dengan isteri dia.

Sampai kan ibu aku selalu mengadu dengan adik2 aku yg jauh2 kata isteri aku tak bagus, malas dan jarang masak, padahal isteri aku masak dari pagi sampai malam tak pernah tinggal. Siap panggil ibu aku makan setiap kali siap masak.

Tp perangai pelik ibu aku tu,dia suka ckp bohong dan buat andaian sesuatu benda tu dengan hanya imgination dia sahaja walau pun belum terjadi dan dia anggap benda tu dah jadi dan benar, lepas tu dia sebarkan sana sini.

Pernah sekali masa isteri aku lahirkan anak ke 2, masa isteri tengah berpantang,aku akan bangun seawal jam 3 untuk masakan makanan serapan dan mkn tengahari isteri aku,mkn mlm nnti blk kerja baru aku masakan.

Ceritanya hari tu mcm biasa aku bngun jam 3 pagi masakan untuk isteri,pas dah siap,jam 5.30 aku gerak p kerja. Pagi tu isteri kena datang ke klinik cek kuning baby, dia tak sempat serapan sbp dah lambat,

nak kena jalan kaki lagi pegi klinik dengan dukung baby dan bawa anak aku yg pertama, ibu aku tak nak hantarkan walau pun ibu aku ada kereta. Habis je cek baby,isteri aku blk rumah dengan rasa penat dan lapar,dia fikir sampai rumah je nak makan terus sup ayam yg aku masakan.

Sekali tu sampai je rumah, sup ayam dan nasi yg aku masakan untuk isteri aku dah habis ibu aku dan ipar aku makan. Pas tu isteri aku nangis2 call aku bagi tahu, aku rasa sedih sangat2. Isteri aku cuma makan bread je dan tnggu aku blk masakan untuk dia.

Aku fikir untuk keselesaan dan ketenangan anak dan isteri aku, aku kena pindah rumah. Jadi aku pun simpan2 lah duit gaji 3 bulan dan cukup simpanan aku pun cari rumah sewa dan pindah.

Nasib aku baik, setelah pindah, aku dapat kerja dengan gaji belas2 ribu sebulan dan skrng aku dah mampu duduk rumah besar dan guna kereta besar semula. Aku ingat bila dah pindah,hidup aku jadi aman.

Tapi tak, ibu aku masih lagi hasut2 adik beradik aku, makcik2 aku dan saudara2 aku yg lain untuk benci isteri aku. Lepas tu yg paling teruk, skrng ibu aku upah beberapa bm0h untuk pisahkan aku dan isteri aku dan ibu aku juga upah b0m0 untuk sakit kan aku sbp ibu aku kata,

klu aku sakit mesti aku akan balik rumah dan bila aku balik, nanti ibu aku akan bagi aku makan benda buat aku benci isteri aku. Benda2 ni semua aku tahu dari group whatsap ibu aku sbp handphone yg ibu aku guna,

dulu ialah milik aku dan aku ada set double apps handphone tu dan aku boleh baca semua whatsap yg kluar masuk dan call kluar masuk dari handphone lama aku tu.

Aku hairan kenapa ibu aku tergamak buat benda2 kotor tu semata2 benci dengan isteri aku,d sebapkan hasutan dari adik aku je. Maaf cerita panjang sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *