Isu Keluarga

Oleh kerana saya kurang mendapat perhatian daripada suami hingga akhirnya saya terlanjur dengan lelaki yang bukan suami saya

Assalammualaikum. Mohon pandangan dari rakan KRT. Mungkin silap saya ambil suami org dan jadi penyebab mereka bercerai. Saya dan suami pernah 2 kali bercerai. Pernikahan kali kedua kami di seberang dan sekarang Alhamdulillah kami dah daftar semula pernikahan kami di Malaysia.

Knp kami bernikah di seberang? Adalah sebabĀ  kami sudah trlanjur dan cuba untuk merahsiakan perkahwinan ini dari family. Rupanya tidak indah perkahwinan kami, suami dalam senyap berkhwin dengan wanita lain dan kami hidup bermadu.

Selama 8bulan kami bermadu, hanya yang buruk dari saya. Madu saya dapat tahu hubungan kami terjalin semula selepas saya hadir di malam pertama suami saya.

Semua habis terbongkar. Selepas dari itu, saya simpan dendam untuk jadi yang terbaik untuk suami sedangkan saya dilayan seperti kvli menjaga rumah dan anak2. Mujur saya kerjaya seya sendiri. Dalam kepayahan hidup bermadu, saya bangun melangkah kaki kehadapan..

saya tak nk tengok kebelakang lagi. Saya redho dan pasrah hidup bermadu. Dalam diam, madu saya mohon penceraian dengan suami.

Dan mereka berpisah, family suami saya menyalahkan saya atas penceraian tersebut. Saya buat tak tahu dan teruskan kehidupan. Saya masih tinggal berasingan dengan suami saya walupun jarak rmh hya dipisahkan oleh lift.

Puas saya pujuk suami untuk tggl kambali dengan kami. Tapi suami dengan ego tinggi menyatakan die selesa dengan keadaan sekarang. Duduk bersendirian. Hampir 2 tahun kami berasingan, saya mula bosan dengan keadaan sekarang. Mana nak fikir anak2, bil bil rmh dan semua kos atas tanggung jawab saya .

Akhirnya saya tewas dengan godaan dunia, saya berkawan dengan lelaki lain atas tiket kerja. Saya akui, saya takut dalam keadaan sekarang.

Saya takut jatuh cinta dengan lelaki lain sedangkan saya masih bersuami. Dalam masa yang sama, suami semakin jauh dengan kami. Suami buat hal sendiri dan saya dengan anak2.

Akhirnya saya buat pengakuan pada suami bahawa saya menyukai lelaki lain dan mohon perpisahan kali ketiga dan sejak dari itu, suami mula berubah dan memujuk saya agar tidak bersikap dingin dengan suami.

Ternyata, hati saya dah terlalu sakit sampai hajat suami ununtuk bersama tidak trtunai.

Berkali kali suami saya ajak untuk bersama. Tapi saya tetap tak layan dan saya maklum kepadanya. saya tidakĀ 

layak untuk dia.
Masalahnya saya dah trlanjur dengan kawan lelaki saya kerana saya terlalu lemah dalam kasih sayang.

Oleh kerana saya kurang mendapat perhatian dari suami dan akhirnya saya terlanjur dengan lelaki yang bukan suami saya dan niat saya kali ni untuk bercerai atas sebab saya sendiri kerana saya bukan yang terbaik untuk suami saya.

Kalao suami saya terbaca moment ni dalam KRT. Saya mohon maaf dan keampunan dari awak. Lepaskan saya untuk awak tidak menanggung dosa saya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *