Isu Keluarga

Masalah saya sekarang walaupun sudah kahwin tapi saya masih dih4ntui dengan hubungan cinta saya sebelum ini

Salam admin, tlg hide profile saya ye, tq. Saya baru berkahwin hujung tahun lepas. Suami saya duda anak 2 yang dh lebih 2 tahun kematian isteri. Saya memang bujang sblum kahwin.

 

Cuma saya pernah bercinta dgn ramai lelaki sblum kahwin. Dari segi paras rupa dan body memang orang slalu puji saya sgt bertuah dikurniakan fizikal idaman ramai wanita.

Masalah saya sekarang walaupun sudah kahwin tapi saya masih dih4ntui dengan hubungan cinta saya sebelum ini. Bekas teman lelaki saya sblum ni ada yang bujang dan ada suami orang.

 

Kali yang terakhir sblum kahwin saya terjumpa dgn sorg suami orang yang sngat perfect d mata saya masa itu. Wajahnya yang manis, sikapnya yang matang, caring dan suami yang bertanggungjawab terhadap anak2 nya.

Saya memang dh tau dia suami orang. Tapi hati sngat sayang pd dia sejak awal cinta berputik sehingga lah hubungan kmi telah jauh terlanjur.

Dia janji nak halalkan hubungan kmi dan kmi memang merancang untuk Membina masjid dan saya pun telah bersedia untuk menjadi isteri kedua. Namun hubungan cinta terlarang kmi akhirnya tidak kesampaian krn telah dihidu oleh isteri nya.

Setelah dis£ r4ng oleh isteri nya, sejak itu saya jadi trauma dan terus memutuskan hubungan kmi. Sejak itu saya mulai move on dan akhirnya kahwin dgn suami saya skrg yang saya hnya kenal melalui fb.

Untuk pengetahuan, saya dan suami orang tu selalu begambar dan saya dapat tahu dia msih simpan gambar2 kmi. Yang saya bimbang dia sebarkan gmbar2 kmi berduaan dlm hubungan terlarang.

Saya paling risau jika dia mesej suami saya melalui fb dan send gambar2 tersebut. Saya bingung skrg dan perlukan nasihat yang Membina. Mohon jangan kecam saya kerana saya telah insaf dan bertaubat. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *