Isu Keluarga

Akhirnya saya meluahkan segala cerita ini kepada seorang kawan lelaki hinggalah akhirnya saya sudah tidak peduli pasal suami

Hi admin tolong lah hide profile saya. Begini ceritanya.  Suami saya telah berterus terang tidak lagi sayang kan saya dan anak anak.

Setelah saya siasat dengan bantuan kawan kawan saya dapati dia telah pun bercinta dengan jiran lama rumah kami yang telah berpindah ke taman lain.

Dia tidur dirumah j4nd4 anak 3 itu.  Kerana perumahan itu baru maka tak banyak rumah yang di diami. Suami tak balik rumah tak bagi nafkah dan perubahan ini telah masuk 2 tahun lebih.

Akhirnya saya meluah kan segala cerita ini kepada seorang kawan lelaki hinggalah akhirnya saya dah tak peduli pasal suami kerana saya ada tempat untuk di luah kan.

Walau kami tidak pernah bercakap masalah s£× atau sebagai nya.
Hanya masalah rumah tangga dan dia bukan suami orang. Dia bagi pendapat dan semangat.

Ini membuat kan hati saya tertarik kepada dia. Masalah nya adakah saya bersalah dengan perasaan ini kerana saya masih isteri orang dan isteri yang tidak di umpama oleh suami sendiri kerana sorang janda. Minta pendapat kawan kawan semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *