Salam semua. Tolong hide fb sayaa ! Saya seorang ibu anak 7 dan isteri kepada seorang suami yang sakit (Str0k£) hampir 3 tahun.
Alhamdulillah suami semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.
Masalah saya adalah sepanjang tempoh suami sakit saya tidak diberikan nafkah battin sedangkan nafsu saya begitu meronta2.
Sampailah saya telah berkenalan dengan seorang lelaki bujang ditempat kerja dan asalnya sebagai kawan tapi entahla dari benci menjadik sayang.
Saya cuba lari dari rasa cinta ini pada dia tapi semakin saya lari semakin dekat dia di hati saya.
Ikutkan hati saya ingin berhenti kerja tapi memandang keadaan saya macam ni saya perlu carik duit untuk anak2 saya.
Semakin hari saya tidak ada perasaan sayang pada suami. sebumbung tapi tidak sebantal.
Ada ketika saya ingin menuntut cerai tapi bila memikirkan anak2 saya batalkan niat tu.
Masalahnya sekarang saya mengandung dan saya yakin kalau kandungan ini bukan anak semua kerana sepanjang tempoh suami sakit,
kami tidak pernah bersama dan saya tidak yakin anak dalam kandungan ini anak siapa kerana saya juga pernah terlanjur dengan 3 orang lelaki.
hakikatnya sekarang saya tak bahagia dan apa yang saya lakukan hari ini demi anak.
Saya mohon di berikan pendapat agar saya dapat atasi situasi ini. Dan saya memang nak bercerai tapi saya kesiannya suami dan fikirkan anak2.