Isu Keluarga

Dipendekkan cerita mungkin silap dan salah aku pernah melayan perempuan lain sampai tahap terlanjur.

Salam min boleh tolong siarkan masalah dan luahan aku ni.. Sebelum tu aku perkenalkan yang aku seorang suami dan dah berkahwin selama tiga tahun dah ada seorang anak lelaki yang comel dan handsome macam bapak dia jugak..

Mungkin kisah aku ni tak seberapa jika nak dibandingkan dengan masalah orang lain.. Tapi apa salahnya aku nak berkongsi? Iyo dak? Aku berkahwin dengan wife atas suka sama suka kami dah bercinta selama tiga tahun sbelum ambk kptusan berkahwin..

Waktu mula2 kawin memang bahagia.. Lagipun tak da campur tangan dari mana2 pihak pun. Dipendekkan cerita mungkin silap dan salah aku pernah melayan perempuan lain sampai terlanjur. Waktu tu anak kami baru menjangkau usia dua bulan..

Aku akui memang salah dan silap aku sendri sepatutnya sebagai suami dan ada wife yang baik aku tak melayan perempuan lain.. Kami dah pernah berjanji tak ada orang ketiga dalam hubungan kami tapi aku jugak yang mungkir janji.

Perempuan tu memang dah tahu aku laki orang tapi dia tak kisah memang dia nak kan aku jugak selalu msg aku call aku ditempat kerja cuma waktu malam je dia tak call.

Dari aku sesaja nak melayan timbul pulak rasa sayang tapi tu lah sepandai2 aku simpan rahsia akhirnya kantoi jugak dengan wife waktu dia dah tahu tu tunggu apa lagi memang mng4muk sakan la dia. Memang menakutkan tengok wife yang tak penah macam tu tetiba jadi sing4 kelaparan bersedia nak bah4m m4ngs4.

memang macam2 aku buat time tu merayu.. Melutut.. Minta maaf sebab aku tak nak wife aku pergi dari hdup aku.. Sungguh aku sangat sayangkan dia mungkin silap aku melayan perempuan lain.. Last2 wife aku mintak balik rumah akak dia kat kuantan.

Wife bjauhan dengn aku buat hidup aku kacau bilau. Rindu sungguh kot dengan anak dan wife tak penah berpisah lepas dah jadi suami isteri tetiba berpisah memang menyesal sngt2 buat wife macam tu. Aku putus kan hubungan dengn perempuan tu blok number dia semua kat mdia social..

 

Aku taknk sakit kan lagi hati wife aku.. Tapi perempuan tu pakai no lain semta2 nak gangu hidup aku. Memang s4ik0 jugak perempuan ni pun.. Tapi aku tak peduli no apa yang dia pakai nak hubungi aku aku sekat. Aku tak nak dah jadi macam dulu cukup2 lah..Akhirnya wife aku balik juga kat pangkuan aku..

Cuma sekarang ni hubungan kami dah tak macam dlu.. Wife tak seceria dulu kalau dulu boleh diajak gurau tapi skrang memang tak.. Salah skit mesti dia mlenting habis habisan.. Aku tahu mgkin wife masih terkesan dengan perbuatan aku dulu..

Semua nya dah pun aku cuba lakukan untuk tebus kesilapan aku dulu.. Tapi masih tak macam kami yang dulu2. Bawak bercuti pun tak nak jalan ke mana2 cuma terperap dalam hotel dengan anak kami..

Macam takda fngsi ja bercuti tapi cuma terperap dalam hotel..
Bagi coklat pun tak makan2 last2 aku yang habiskan.. Bagi bunga sampai layu kat atas meja sudut dapur..

Kalau dulu aku bagi bunga dia lah paling excited.. Siap ambik letak dalam cawan atau bekas letak air lagi.. Sekarang dah tak.. Cakap dengn dia pun macam kurang nak layan aku bercakap. Kalau dulu aku buat lawak mngekek2 dia ketawa. suara dia ketawa je boleh dengar satu rumah.. Dalam keta..

tak payah nak pakai speaker lagi dah.. Tapi sekarang? Kalau aku buat lawak mesti krik2 je.. Aku rindu saat2 dlu bsama wife. Sekarang ni wife dah kurang nak layan aku..

Kalau bersama pun nak tak nak ja memang lain dari dulu.. Belum apa2 dah excited.. Sekarang yang layan aku cuma anak kami je.. Tapi wife masih jalankan kewajipan dia macam masak.. Iron baju.. Membsuh..

Buat sarapan semua.. Tapi itu lah cuma rumah tangga kami hambar tak macam dulu.. Aku pun dah tak tahu dah nak buat apa lagi. Mungkin kerana kesilapan aku dulu sekarang ni aku dapat tempiasnya.. Maafkan aku sayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *