Isu Keluarga

Dipendekkan cerita si dia selalu mengadu pada aku dia tersiksa kesunyian dok jauh2 daripada bini lepas tu bini taknak support ape yang dia buat

Salam min. Tolong hide kn profile ni ye. Aku pnjam kawan ak pnya fb. Nak minta pandangan smua pasal masalah aku ni.. cerite dia macam ni. aku ada kenal dengan sorang mamat ni, merupakan suami orang.

kenal lama la juga. sebab kami masing2 di bidang yang sama. minat yang sama. sebelum2 ni pun kami biase2 jer, laki ak kenal dia, bini dia pn kenal aku juga. tapi sebelum aku kawen aku ade dengar2 juga dia suka pada aku, tapi ak anggap biase je.

sebelum ni pon dia pernah nak cari untuk secnd wife, mase tu aku tak ambil port la pasal dia. dia dan wife dah lama kawen tau tapi tak ade anak. ak agak kan dia nak cari bini baru mungkin sebab masalah zuriat. tapi aku tak ambil port sangat la pasal dia kan.

Tapi baru2 ni kami terserempak dan start dari situ aku dengan dia dah mula rapat sebab masing2 ada masalah dengan pasangan. aku ada masalah dengan suami aku, yang 24 jam asyik mengadap hp je. aku naik stress meympah smua ada.

Bukan dia layan pubg ke coc ke. dia dok g0dek2 tah ape2 la dalam fb tu. dh la ak susah nak jmpe dia, cuti payah, balik keja tengah2 malam. bila dapat jmpe sibuk dengan hp. aku jadi menympah la, hati aku pun sakit sangat2.

aku tak nak ape pon, aku nak kan perhatian je dari suami aku. berpuluh2 kali dah aku tegur, masih tak jalan. laki ak tetap buat balik perangai dia tu. Aku tau ape aku buat salah. Aku bini orang, si dia laki orang.

tapi skrg mmg ak bahagia sangat2, si dia sanggup tnggu ak untuk jadikan ak bini no.2. ak slalu juga baca2 page ni selalunya laki orang ni banyak nak main2. aku risau macam tu..

ohh lupa, si dia dan wife tak berapa ok yela sorang ut4ra sorang sel4tan si isteri tak nak ikot si suami sebab nak tinggla dengan mak tapi aku btol2 cemburu dengan si dia ni, sebab dia suami yang btol2 baik, bartanggungjawab.

Korang boleh imagine tak, wife taknak ikot suami smata2 nak tgl dengan mak ? Padahal bukan mslah tmpt keja pun, tapi si suami akur je kehendak isteri…yang tu ak syok sangat2 tu isteri dia memang pelik skit, even suami dia nak dok dkat2 umah mak dia pon dia tak mau,

nak juga 1 umah dengan mak dia, sesiapa pun mesti nak dok dalam umah sendiri kan, nak2 pulak 1 umah dengan mertua. jadi bukan salah ak sorang je kan klau laki dia bersikap macam tu. septotnya tempat sorang isteri di sisi seorang suami.

Dipendekkan cerita si dia selalu mengadu pada aku dia tersiksa kesunyian dok jauh2 daripada bini lepas tu bini taknak support ape dia buat lama2 kesian aku jadi sayang pada dia min.

Aku pon memang lama dah nak bercerai dengan laki ak, selama kami kawen dia tak mmpu nak sediakan tmpt tinggal ak. asyik menumpang sana mnumpang sini, aku pun nak life macam orang lain.

ada tempat tinggal ada privacy sendiri. bukan setahun dua tau, tapi hampir 8 tahun aku bersabar. tapi laki ak tak pnh fkir semua tu. aku buntu la. nak kata sayang, ada sisa2 ja.

sekarang ni banyak tinggal perasaan kesian je pada suami aku tu. Tolong la nasihat dan komen yang murni2 ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published.