Isu Keluarga

Nak dijadikan cerita saya ni suka posting apa2 dekat media social walaupun hanya sekadar pergi mana2 or buat ape ke dengan suami tu atas sebab suka2 je

Salam min hide ye profile saya. Ni saya nak cerita saya baru je kahwin berapa bulan lepas dan tengah mengandung ank pertama kami. Saya dan suami bekerja. sekarang duduk dgn keluarga saya atas faktor mak saya yang kurang sihat. Rumah mertua boleh dikatakan tak jauh dari rumah keluarga saya.

Nak dijadikan cerita saya ni suka posting apa2 dekat media social walaupun hanya sekadar pergi mana2 or buat ape ke dengan suami tu atas sebab suka2 je saya takde niat nak menunjuk. Jadi satu hari suami saya kemas rumah dan saya buat status.

Suami saya ada 3 kakak. Masalah sekarang ni tiba2 mertua saya talifon suami dan bercakap tentang status yg saya muat naik tu. Dan mertua saya pesan pada suami supaya saya jaga maruah dia sebagai suami jangan masukkan status mcm tu.

Yang saya hairan bin ajaib tu macam mana mertua boleh tahu kalau bukan ada yang bercerita sedangkan mertua tak layan pon media social ni. saya minta suami untuk bergilir balik rumah mertua atas sebab saya perlukan masa bersama dengan suami untuk keluar jalan2 luangkan masa cuti sama2 tapi lain yang jadi sebab mertua salah faham.

Dikatanya kita buat peraturan. Saya tak kisah suami nak balik rumah mertua, dan pandailah kami nak balik kesana tak payah nak suruh2 balik tu semua. Kemudian kakak ipar duai tuai tu semua mulalah jalan kan kerja mereka dengan mengh4sut.

jadi saya nak pesan dekat ipar duai adik beradik tu jangan lah sĀ£bok sangat jaga tepi kain orang rumah tangga orang. Lebih baik sibukkan diri rumah tangga sendiri yang macam tali tersimpul m4ti tu.

Tak salah nak bercerita tapi jangan lah sampai hal rumah tangga orang pon nak masuk campur tangan. Mak itu utama tapi isteri tu tanggungjawap yg awak kena pikul wahai suami2 dekat luar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published.