Salam. Tolong hide profile saya 🙂
Saya baru berkahwin 1 tahun 1 bulan mempunyai seorang anak 3 bulan. Sebelum ni saya takda apa apa masalah dengan suami. Suami saya seorang yang sangat baik dan rajin.
Hampir semua kerja rumah dia nak buat sebab dia memang biasa buat kerja rumah. Rumah sentiasa bersih. Dari segi kewangan juga kami alhamdulillah takda masalah kewangan. Tapi saya ada masalah dengan keluarga suami.
Mak mentua, ayah mentua dan kakak ipar selalu bercakap benda yang mengguris hati. Kakak ipar selalu iri hati kalau saya ada barang mahal. Mak mentua dan ayah mentua saya selalu mengata menantu2 yang lain pada saya.
contohnya menantu masak tak sedap. menantu malas basuh pinggan. Diorang tahu semua ni sebab diorang suka pegi rumah anak menantu kadang2 dari pagi sampai malam duduk rumah anak. Hampir hari hari.
Menantu pun mungkin tak selesa kadang2.Dari awal saya kahwin. Saya tak pasti di belakang saya mereka mengata saya atau tidak.
Tapi mereka memang suka cakap benda yang tak perlu di cakap contohnya kalau dalam rumah saya barang itu takde ini takde. Mesti kene kondem.
Maslaahnya kakak ipar suka jadi pemerhati je di media social saya dan mesti ada yang dia akan perli nanti.
Ya Mungkin ini salah saya yang perlu diperbaiki kerana saya suka update di media social tentang saya pegi bercuti etc.
Jadi kadang2 issue ni membuatkan saya tak berapa gemar selalu jumpa mereka. Walaupun mereka kerap dtg ke rumah kadang kadang tak bagitahu nak datang tiba tiba muncul je. Rumah mereka dalam 30 minit dari rumah sy.
Tapi family sy duduk negeri lain..2/3 bulan sekali baru balik rumah family saya..Hmmm. Saya dh berterus terang dengan suami, sebenarnya suami pn ada tegur mereka supaya jaga percakapan. Sebab suami memang tahu mulut family dia agak celupar..
Lepas lama saya pendam, sekarang kami asyik bergaduh shj. Memang kadang2 salah saya juga sebab mulut family dia, tapi dia pula yang saya marah. Hari demi hari saya perasan suami macam nak balas dend4m.
Bila nak pergi rumah family saya dia pasti buat muka. Sampai skrg nak ajak buka puasa rumah mak saya pun dia ada saja alasan dan muka terus berubah. Apa perlu saya buat? Saya rasa saya ingin perbaiki apa yang tak betul pada diri saya. Mohon nasihat yang baik2Â