Isu Keluarga

Masalahnya sekarang adalah saya sangat cemburu dengan isteri tua sebab suami asyik melebihkan isteri tua

Salam min comel. Saya ida baru kawin dalam setahun lebih. Umur saya 38 tahun. Saya ni isteri ke 2. Suami saya ni rajin komen kt sini. Harap dia boleh komen.

Kg saya di batu phat, tapi saya, suami dan isteri tua duduk di kluang. Saya tak de la nak mengadu sgt cuma kenape suami saya ni lebihkan isteri tua.

Sepanjang kawin sy tak pernah jumpa keluarga belah suami sebab dia tak nak jumpakan. Sekarang ni sy baru lepas melahirkan anak dan mak saya jaga di batu pahat.

Masalahnya sekarang adalah saya sangat cemburu dengan isteri tua sebab suami asyik melebihkan isteri tua, anak perempuannya hari-hari di hantar ke sekolah, duduk di kedai minum.

Tapi saya hanya sekali sekala dapat jumpa dengan suami atas sebab suami suruh jgn kacau urusan dengan isteri tua.

Masalah kat sini kenapa dia  kurang ambil perhatian kt saya dan anak lelakinya di kg. Mak saya sudah bising suruh jaga sendiri anak kami

Masalahnya saya kerja. Sebenarnya suami saya ni kerja sendiri tapi dia  boleh je jaga anak kami sekali dengan anak isteri tua.

Saya dah mula nak luahkan kt dia bahawa sy jeles dengan isteri tua. Macam mana untuk saya bgtahu semuanya ye, suami sy ni muda dr saya umurnya 32.

Tapi sy tak boleh nak marah dia sebab dia manja bila dengan saya. Cuma tu la saya cuma kalau boleh nak dia jaga sekali anak kami sebab saya tau dia boleh.
Ni pon saya takut dia marah kalau saya ngadu ni. Harap dia tak marah la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *