Salam sahabat KRTF. saya nak minta pendapat dalam group ni serta kata- kata positif dari sahabat KRTF. Saya suri rumah mempunyai 3 orang anak.Saya pjj dengan suami dah 5 tahun. Kenapa pjj? Suami mmberi alasan kerana tidak mampu dari segi kewangan untuk tinggal bersama.
Sedangkan rumah tidak perlu menyewa kerana suami mendapat kuaters. Kami selalu bergaduh disebabkan isu ini. Dia tidak mahu bawa saya dan anak2 duduk sekali. Katanya suruh bersabar. Sampai kewangan stabil. Jadi , duduk lah saya di kampung bersama orang tua saya, menjaga dan mengurus anak sendirian.
Sehingga baru2 ini suami kantoi kali ke 2 bercinta dengan kawan tempat sekerja yang berstatus isteri orang (dalam proses cerai) mmpunyai 2 orang anak. Sebelum terkantoi saya perasan cara layanan suami, dia jarang tanya khabar, dia jarang balik jumpa kami di kampung dan phone nya pun dah bertukar password.
Rupa² nya suami saya rajin pergi berjumpa skand4l nya di negeri XX kerana sk4ndalnya sudah posting ke tempat lain.
Yang merumitkan keadaan lagi sekarang. Bila suami dah terkantoi, dia bukan nak pujuk atau meminta maaf tetapi mengambil kputusan nak lepaskan saya. Dan lansung tidak mengambil tahu hal ank² dah.
Jadi Berbaloi ke saya bersemuka dengan skand4l suami. Tujuan bersemuka, nak merayu supaya dia tidak menggangu rumah tangga saya lagi, walaupun saya tahu, suami saya pun taknak dengan saya dah, tapi saya nak lagi pertahankan rumah tangga saya atas dasar rasa sayang saya terhadap dia dan demi ank-ank terutamanya.
Perlu ke saya pergi mencari perempuan tu kat kem tmpat dia bekerja? Adakah pihak kem akan ambil tindakan atau mereka tak masuk campur atas sebab urusan peribadi. Isteri yang teraniaya