Isu Keluarga

Masalahnya sekarang adalah hati saya terbuka untuk lelaki lain dan lelaki itu juga sanggup tuggu saya

Salam admin, maaf saya terpaksa guna fake profile. Saya nak tanya pendapat.  Saya berumur 26 tahun, dan suami 30 tahun. Kami berkenalan dari media social dan berkahwin atas dasar suka sama suka dalam tempoh yang singkat walaupun proses mengenali hati budi tak sepenuhnya.

Usia perkahwinan kami dah menginjak 5 tahun dan mempunyai 4 zuriat, saya baru sahaja habis berpantang. Masa 3 tahun perkahwinan kami, kami adalah pasangan yang sangat bahagia. Suami mmg seorang yang sgt penyabar, tak pernah tinggi suara, tak pernah naik tangan dan rajin membantu di rumah.

Masuk tahun ke 4, suami kantoi chat dengan call girl. Sembang benda yang tak senonoh dan saling bertukar gambar. Bila dh kantoi dengan saya, die menangis minta ampun maaf dan berulang kali sebut psl taubat. Bila saya tanya, saya ni tak ckup ke buat dia? Apa kekurangan saya?

Dia cakap tak ada langsung, dia cuma suka2 je chat dengan call girl tu sbb call girl tu yang offer dia dulu dan asyik pm dia. Saya lega bila suami block perempuan tu. Sebulan lepas kejadian kantoi tu, saya tergerak hati nak check hp suami. Rupanya dia masih pm dengan call girl tu.

Tapi situasi ni suami pulak yang terhegeh2 cari perempuan tu siap buat fb fake untuk chat supaya tak kantoi dengan saya. Suami siap plan dengan perempuan tu untuk buat hubungan terlarang tapi mereka masih belum pernah berjumpa. Saya baca setiap ayat perbualan tu dan masih terngiang2 lagi smpai ke harini.

Bukan tu saja, selain chat tu saya tgk dkt search suami banyak dia cari pel4cvr/call girl. Tapi saya tahu suami tak pernah jumpa lagi, hanya chat call biasa2 dan nasih dalam perancangan nak berjumpa. Allah. hati saya rasa mcm dir0b£k2. Hati saya jd tertutup terus buat suami. Langsung hilang terus dan tiada perasaan cinta, kasih dan sayag. Saya jalani hidup mcm biasa sbgai isteri walaupun hati dh tak ada.

Masalahnya sekarang adalah hati saya terbuka untuk lelaki lain dan lelaki itu juga sanggup tuggu saya. Masa saya banyak habis dengan lelaki tu dan kami juga pernah jumpa berberapa kali sudah terlanjur. Saya cintakan dan sayagkan lelaki tu sangat3.

Suami tak tau tentang ni dan saya beberapa kali minta suami untuk lepaskan saya dengan alasan saya dah tak ada hati lagi dengan suami dan saya nak bina hidup baru dengan lelaki yang saya cinta. Kami berhubungan seperti suami isteri, saling bertukar gambar yang tak sepatutnya dan on call setiap hari.

Saya tau saya berdosa pada suami. Tapi saya tak bahagia dengan suami. Saya perlu kebahagiaan sendiri. Semua benda saya terpaksa buat dengan suami sbb hati memang dah tak ada.

Kadang bila saya terfikir pasal dosa, saya dah berusaha banyak kali untuk putuskan hubungan dengan lelaki tu. Tapi lelaki tu tetap tak nak tgglkn saya dan kami mcm dh terikat dengan janji untuk bersama. Apa yang perlu saya buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published.