Isu Keluarga

Pernah 1 hari kami keluar dan saya meminta suami untuk singgah supermarket untuk membeli keperluan dapur tapi bila saya meminta untuk tambah duit suami akan menggelengkan kepala

hide profile saya. thanks. Saya seorang yang bekerja dan suami bekerja di bahagian perkapalan. kira berpangkat juga dan gaji suami 2x ganda dari gaji saya. kami hanya berjumpa 2 bulan sekali. saya telah berkahwin hampir setahun.

sebelum berkahwin, saya adalah seorang wanita yang berdikari, semua saya akan buat sendiri. untuk pengetahuan warga KRT, sekarang saya tengah mengandung 5 bulan. sepanjang perkahwinan, duit belanja suami beri rm500 sebulan.

sebelum ni, perbelanjaan dan bill2 rumah semua ditanggung oleh saya kecuali sewa rumah. baru beberapa bulan ni suami ambil tanggungjwb untuk membayar segala bill2 rumah. itupun setelah saya mengadu stress memikirkan tentang perbelanjaan kerana gaji saya sebulan tidak smpi rm5k.

kereta saya sendiri tanggung. kadang kala, sekiranya saya tidak meminta belanja bulanan, suami tidak ada effort untuk bagi. saya tidak kisah, rm100,200 atau berapa sahaja asalkan saya tau dia adalah suami yang bertanggungjawab.

belum lagi part kerja2 rumah, bila ada pinggan mangkuk d sinki yang belum bercuci, dia akan cuci mana2 pinggan atau gelas yang dia gunakan saja. part cuci kain pun sama. dia akan cuci kain sendiri sedangkan dlm bakul kain ada juga kain yang masih belum bercuci.

tidak kira berapa helai saja pakaiannya, dia akan cuci tanpa sekaligus mencuci pakaian yang ada dlm bakul kain. menyapu rumah jauh sekali. bila saya masak, dia akan sentuh sedikit sahaja. jauh sekali membeli keperluan makan dirumah.

Pernah 1 hari kami keluar dan saya meminta suami untuk singgah supermarket untuk membeli keperluan dapur tapi bila saya meminta untuk tambah duit suami akan menggelengkan kepala dan memberikan ri4k muka yang sangat marah.

setiap pagi, biasanya suami akan bangun awal dari saya. tapi dia akan baring d sofa dan menghadap telefon sepanjang pagi tu. tidak fikir apa yang perlu dibuat. saya sangat stress. terlalu stress. saya tidak dapat meluahkan stress saya kepada suami kerana suami bukan seorang pendengar yang baik.

setiap kali ajak berbincang, suami akan marah dan akan mengelak. hendak meluah kepada ahli keluarga tetapi masih memikirkan nama baik suami. ada masa saya fikir, saya tidak sanggup mengandung dalam keadaan begini. saya terlalu tertekan disebabkan sikap suami.

saya bukanlah isteri yang baik tapi saya berusaha menjadi yang terbaik. saya melakukan apa saja tugasan yang isteri seharusnya lakukan. saya ada banyak perancangan masa depan untuk suami tetapi semua perancangan itu terkubur disebabkan situasi ini.

sehinggakan saya boleh terfikir, sekiranya dia curang, saya adalah org yang paling bersyukur kerana saya tidak mampu hidup dlm perkahwinan seperti ini. ya, saya tau saya berfikiran sangat kej4m tetapi saya sangat tidak mampu untuk menanggung stress sekarang ni.

ada masa bila saya berdoa, saya tidak mampu bercakap langsung. saya hanya diam dan menangis. sebab saya terpaksa pendam semua. saya hanya ingin meluah apa yang terbuku dlm hati. tapi tidak ada 1 ayat pun yang keluar sbb saya tidak tau perlu mula dari mana dan saya terlalu penat.

saya tidak mengharapkan semua warga KRT untuk memahami situasi saya cuma saya ingin meluah sbb saya terlalu penat untuk pendam semua. TERLALU PENAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *