Hi admin. Sy terpanggil dengan luahan seorang isteri mengenai dia tak dapat maafkan kisah silam suami dia. Bagi pendapat saya, masing2 ade kisah silam masing2 termasuklah saya sendiri sebagai seorang isteri.
Saya pernah melahirkan anak luar nik4h tanpa pengetahuan keluarga. Saya diani4y4 sendiri oleh kenalan socmed saya dan akhirnya dia larikan diri. Sejak dari tu saya tak berani nak kenal dengan mana2 lelaki sebab risau dengan penerimaan lelaki dengan kisah silam saya.
Akhirnya saya berkenalan dengan suami saya. Suami saya dalam kategori orang kelainan upaya. Kisahnya di sepanjang perkenalan kami dia sangat baik dan sabar orangnya sampaikan rasa bersalah saya hingga saya menceritakan kisah silam saya dan redha jika dia menolak saya.
Saya menghilangkan diri sebab malu dengan dia tetapi dia tak pernah putus asa untuk jadikan saya isterinya. Mengenai penerimaan dia dengan kisah silam saya, dia tak salahkan saya, malah sentiasa yakinkan saya semua orang ada silap masing,
dia selalu mention dia malu bila ade kaum lelaki yang tak bertanggungjawab dan dia yang meminta maaf sebagai wakil lelaki atas perbuatan kenalan lelaki yang telah hamilkan saya. Dia beria2 nak jadikan saya sebgai isteri. Alhamdulillah dia tak pernah mengungkit dengan kisah silam saya.
Walaupun dia dalam kategori orang kelainan upaya, dia sentiasa menunjukkan dia mahu jadi suami terbaik. Sekarang saya tengah mengandung, bila saya mengadu penat or tak larat, merajuk tak tentu pasal,kadang2 termarah dia, tak pernah sekalipun dia nk tinggikan suara atau nak mengungkit kisah silam saya dulu.
Saya syukur sangat bila ternyata masih ade lelaki yang boleh ambik seorang perempuan sebagai isteri walaupun mempunyai sejarah silam yang t€ruk. Buat pasangan suami isteri, masing2 ade kisah silam yang tak harus dijadikan isu dalam rumahtangga kecuali dia masih ulangi kisah silam dia semasa bersama dengan kita.
Kisah silam itu hanyalah sejarah yang harus kite jadikan pengajaran buat diri kita. Kita nak jalani bahtera rumahtangga bukan untuk setahun dua, tapi untuk selamanya. Jangan jadikan sy4itan bertepuk tangan bila isu kisah silam yg lepas jadikan perbalahan yg teruk dalam rumahtangga.
Jangan buat diri sendiri merana dan makan hati dengan mengungkit atau memikirkan pasal kisah silam pasangan kita, tapi dalam tak sedar perbuatan kita tu boleh buat hati perasaan pasangan kita sedih, terluka and terguris. Semoga rumahtangga kita semua sentiasa dilindungi Allah.