Isu Keluarga

Paling menyedihkan bapa mertua pula berpesan pada anak kakak ipar supaya jangan benarkn anak2 saya masuk dan bermain didlm bilik beliau.

Assalamualaikum min mohon hide profile saya. Hidup saya tak seindah orang lain. Saya dulu ibu tunggal yang mempunyai 2 orang anak. Sudah 7 thn saya berkahwin semula dengan lelaki bujang.

Selama itu jga saya dan suami tinggal berasingan. suami tinggal dengan keluarga mertua. saya tidak mrh kalau bpa mertua saya sakit memang saya tiada halangan utk suami menjaga. Tetapi bpk mertua sihat walafiat dan msh boleh melepak kedai makan hingga pagi.

Di umah mertua pula ada keluarga abg ipar, keluarga kakak ipar, kawan lelaki abg ipar dan jga adik ipar bjg 30an..saya pula sentiasa akn memakai tudung krn terlalu ramai lelaki dirumah mertua.

saya pnh tinggal Selama sethn bersama mereka ttp anak saya did€r4 dr segi emosi..setiap Kali bgn pagi mandi utk kesekolah ada je yang tutup lampu atau paip air.

Paling menyedihkan bapa mertua pula berpesan pada anak kakak ipar supaya jangan benarkn anak2 saya masuk dan bermain didlm bilik beliau. Orang lain dibenarkn. kalau beli mknan Jajan dh pesan siap2 jgn bg anak2 saya.

Suami saya plk asyik mrh anak2 sbb katanya abg dia mengadu anak2 saya buat mcm2.. kesian anak2 saya yang msh sekolah rendah. JD saya ambil keputusan bawa anak2 saya blk kerumah saya.

Alhamdulillah rezeki selain bekerja tetap Dan ade kerja sampingan rezeki anak2 melimpah ruah. saya tanggung segala2nya seorang diri. Bil2 ,brg dapur, sewa rumah saya byr. Suami akn blk 2 minggu sekali.

jarak umah mertua dan rumah saya 40minit. Suami bg nafkah 3 bln sekali sebyk rm200 kdg2 tidak bg lgsg. Saya pnh berterus terang dengan bpk mertua dan suami sekali supaya bpk mertua benarkn suami tinggal bersama dengan saya.

Tetapi bpk mertua bertegas dia tak nk anak2 jauh dr dia lbh2 lg dia dh takde isteri. Lupa saya nk bgtahu suami pula setiap aduan keluarga dia terhdp saya dan anak2 sedikit pn dia tidak memihak saya malahan dia akan sebelahkn keluarga dia.

Walau pn beberapa Kali dia ternmpk dengan Mata sendiri apa yang mereka lakukn terhadap saya Dan anak2. saya jga beberapa Kali pulang awal dan parking jauh sedikit dan saya dengar dengan jelas keluarga mertua tgh mengump4t saya dan anak2 didpn suami.

Adakah saya perlu memperthnknĀ  rumahtangga ini atau menamatkan sahaja. kuatkah saya nnti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *