Isu Keluarga

Masalahnya masa kemas rumah suami saya perasan ada rambut panjang yang diwarnakan kuning bersepah dalam bilik dan tandas

Salam.. sekadar meluah isi hati yang lama tersimpan dan mungkin boleh dpt pandangan dr netizen. saya kahwin dah 7 tahun. tapi smpai skrg blm rezeki tinggal sebumbung dengan suami. dua2 ada kerjaya dan terpaksa akur ditempatkan di negeri yang berlainan.

tahun ketiga kahwin kami dikurniakan seorang anak yang saya bersusah payah kandungkan seorang diri jauh dr suami dan keluarga. suami cuba pindah tapi tak dpt dipindahkan ke negeri yang sama kerana tiada kekosongan. jadi terus lah kami berpjj..

Walaupun sangat sukar tapi saya gagahkan diri juga bekerja sambil menjaga anak sendirian demi mencari rezeki. untuk ringankan suami, untuk bantu mak ayah di kampung dan juga adik2 yang masih bersekolah.

Saya sentiasa sibuk mengurus anak, rumah dan kerja sehingga kadang2 saya tak tersambut panggilan suami. bila suami dapat pulang ke rumah saya, saya tak  sempat berdandan, masak lauk sedap2, kemas rumah wangi2 kerana terlalu penat.

mungkin di situ lah salah saya, suami skrg dah tak selalu pulang tempat saya. selalu ckp ada kerja dan penat nak berulang alik. dah tak selalu angkat panggilan dan balas mesej saya. sepanjang pjj, memang ada beberapa kali kami bergaduh kerana suami suka balas chat kawan perempuan.

kawan yang sedang bermasalah dengan boyfriend pun dia layan. mana isteri yang tak ambil hati. pernah sekali masa suami dapat pulang rumah saya, masa tu dia tengah mandi, hp suami berdering banyak kali jam 9 malam.

saya pada mulanya tak nak ambil tahu tapi rasa curiga masa tu mmg ada. so saya tgk nama orang yang call…. nama perempuan… berderau dar4h saya masa tu. saya tak berani angkat dan biarkan hp berdering. lepas suami keluar dr blik mandi, saya ada bagitau ada org call banyak kali.

cepat2 dia tgk hp dan kata ‘oh… (nama lelaki)’. tambah curiga saya masa tu bila dia call balik tapi buat panggilan tu di luar rumah. tapi saya matikan perasaan saya masa tu sbb tak nak bergaduh. ye la suami dahla balik sekali sekala.

bila saya dpt cuti, saya pun ambil keputusan untuk pergi ke rumah suami. nak kemaskan rumah suami dan top up apa yang patut. bila sampai rumah suami saya pun terus mengemas.

Masalahnya masa kemas rumah suami saya perasan ada rambut panjang yang diwarnakan kuning bersepah dalam bilik dan tandas. masa tu memang saya dah panas hati sebab dah terbayang bukan2. bila suami balik, saya terus tengking suami tanya perempuan mana yang dia bawa balik rumah.

saya tunjuk rambut2 yang saya jumpa.  saya ceritakan jg pasal perempuan yang call dia banyak kali hari tu. dia kata saya dh tak sium4n.

dia kata saya terlalu bekerja, tak keluar rumah jaga anak smpai jadi gil4. bila saya tny mcmn rambut ni boleh ada dalam rumah dia cuma kata dia tak tahu.

saya menangis semahu-mahunya malam tu. suami balik2 ckp dia tak ada perempuan lain, dia ckp saya stress smpai fikir bukan2 tapi saya dah tak tahu nak fikir mcmn. saya tiada bukti kukuh untuk tuduh suami curang dan sampai skrg saya berdiam diri. suami masih jarang pulang ke tempat saya.

saya pun dh mcm tawar hati dengan suami sbb smpai skrg saya tak dpt etak planation yang kukuh. sampai satu masa tu dia minta saya berhenti kerja dan tinggal dengan dia. saya tahu itu langkah terbaik tapi hati saya tak boleh nak teruskan.

saya takut habit dia tak  hilang dan suatu hari nnt dia akan tinggalkan saya sendirian dengan anak. di mana saya nak cari duit untuk makan pakai anak kalau saya berhenti kerja. lagipun sepanjang kahwin, suami mmg jarang hulur nafkah. setiap bulan mmg ada alasan nak pakai duit.

saya selama ni tak kisah sbb gaji saya cukup untuk tampung keperluan saya dan anak. ini jg yang membuatkan saya sukar untuk ambil keputusan berhenti kerja. saya tak yakin suami mampu tampung saya dan anak.

bila saya suarakan benda ni, saya ckp buktikan dulu yang dia dapat sediakan makan pakai saya dan anak, dia cuma tarik muka dan ckp saya kena yakin dengan rezeki Allah. suami ckp dia nak mudahkan saya tapi saya degil. adakah keraguan saya itu salah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *