Isu Keluarga

Masalahnya baru2 ni suami kena tahan lagi tapi sil nak jamin dia disebabkan kasihankan anak yang makin membesar dan dah mula rapat dengan ayahnya

assalamulaikum warga krt. di sini saya hanya ingin meluahkan rasa. saya sudah berkahwin 4 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki 3 tahun. suami saya baik dari segi nafkah zahir dan tak pernah marah atau tinggi suara dengan saya dan anak apalagi naik tangan.

Dia seorang pendiam dan rajin bekerja. Family mertua juga semuanya baik dengan saya tanpa ada maslah apa2 wlaupun adik bradik suami ramai tetapi semuanya tinggal jauh dari keluarga mertua kecuali suami saya yg masih tggal dengan ibunya seorang ibu tunggal. masalah suami saya sekarang ni ialah selama kami berkahwin dah 3 kali dia keluar masuk penjara kerana d4d4h.

pertama semasa usia perkahwinan baru 8bulan dia ditahan oleh polis tetapi mil jamin..family saya tidak mengetahui hal ini..selepas saya melahirkan anak, suami saya ambil berat tntang saya dan anak. Tanpa berkira jaga anak dan buat kerja rumah.. sepanjang hamil dan slepas melahirkan anak kami tinggal dengan keluarga saya..

mak saya sgt suka suami kerana ringan tulang dan tidak berkira dengan apa2 hal pun..selepas anak 8bln kami dikejutkan suami ditahan dengan aadk dan dipenjarakan selama setahun mak saya sgt marah dan h4r4mkan suami balik rumah lg kerana memalukan keluarga. mak tahu pun sebab jiran yg bgtau.

1kmpung tahu suami kena tangkap.. mak malu yg teramat…lepas daripada tu mil datang rumah mohon maaf sambil menangis..lepas dari tu adik beradik suami selalu mnta maaf dan bagi nfkah untuk saya dan anak..

mil pun selalu datang ziarah dan bg  duit belanja. selepas suami keluar, kami baik2 saja dan saya selalu bawak anak berjumpa ayahnya Sehingga hari ini dah 3 tahun kami tidak tinggal sebumbung walaupun hubungan kami baik baik saja. Dia bekerja seperti biasa dan setiap bulan tidak miss bagi nafkah.

bukan saya tidak mahu tggal bersamanya tetapi phobia tu masih terasa dan takut berulang lagi. dia pun izinkan saya tinggal bersama kluarga saya..dia kata mmg salah dia dan di redha.

Masalahnya baru2 ni suami kena tahan lagi tapi sil nak jamin dia disebabkan kasihankan anak yang makin membesar dan dah mula rapat dengan ayahnya. saya tambah sedikit duit jaminan itu. kalau diikutkan mil mmg takakan jamin lagi ..

tapi sebenarnya mil tak tahu saya berpakat dengan sil untuk jamin suami. .kali ni mil pula naik angin. dengan suami takada kerja sekarang ni. mil nak saya failkan cerai. dia kata taknak seksa saya dan anak lagi.

family saya langsung tak ambil tahu hal suami lg dari dulu. Sekarang saya memang dah tawar hati dengan suami. tetapi saya kesiankn suami sbb dia terlalu baik tetapi takdapat tggalkn benda h4r4m tu. saya takdendam dengan dia tapi kesian dengan nasib dia.

saya tahu dia sedaya upaya ingin berhenti sampai sakit2 tapi tewas juga. saya dah takmampu jaga dia lagi. dia pun setuju mahu bercerai sebab dia cakap mmg salah dia..saya taktahu mana nak mula dan nak tamatkn semua ni macam mana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *