Isu Keluarga

Kisahnya tiga bulan lepas ada masalah dengan ipar dan saya akui silap saya kerana update status bab beradat

Min mintak hidekan profile
Betulkah apa yg membelengu fikiran saya sekarang, saya menerima keluarga suami saya dengan baik, perkahwinan kami dah hampir 11 tahun dan dikurniakan 3 cahaya mata.

Kisahnya tiga bulan lepas ada masalah dengan ipar dan saya akui silap saya kerana update status bab beradat, 11tahun saya memendam rasa pada keluarga suami, 11 tahun saya cuba utk terima mereka dgn baik, t

etapi saya tak pasti mereka dapat terima saya dengan baik atau tak, sekecil kecil kain buruk di rumah saya dijadikan topic bagi mereka, dan setiap sudut dirumah diukur setiap inci, inikah pula dlm handbeg saya mereka buka cek.

(Cukup hint ini saja), yg selebihnya tak mampu utk saya cerita, cukup utk saya rasa betapa sakitnya. Sampai hari ini mereka masih menunjukan rasa tidak puashati pada saya, selalu menyindir yindir, selalu share perkara yg berkait dengan t4l4m bermukamuka,

saya faham mungkin mereka tidak percaya sikap sebenar saya seperti ini, selama 11tahun saya tak pernah menunjukkan sebarang apa apa sikap, saya cuba anggap semua perkara yg tak kena adalah satu gurauan,

sebelum saya kahwin saya cuba tanam dalam diri bhwa saya berkahwin seluruh isi keluarganya, tapi hari ini saya dah tew4s, saya tak mampu lagi untuk anggap satu gurauan.

11 tahun juga saya lihat dan dengar sahaja perbuatan ipar walaupun benda tu terang terang salah, saya tak berani nak masuk campur dan tegur, mereka sudah menunjukan sikap bila mama sendiri menegur mereka akan melenting dan tak menyapa bila mama bertanya sesuatu.

Dengan cara update status saya cuba pertahankan hak saya, tapi lain Pula kejadiannya. Silap saya menegur org yg tak pernah rasa ‘TAK BERSALAH’
Saya cukup rasa kecewa dan terkilan. Saya cuma kesiankan suami, saya faham perasaan serba salahnya.

Walaupun dia tak berkata apa apa, setiap malam sy lihat dia selalu termenung, mata, air mukanya tak seperti 11tahun sebelum ini, Saya cuma berkata pada suami apa apa yang berlaku hubungan adik bradik tak akan putus,

antara saya dan dia sah atas ijab dan kabul sahaja, dan ibu kepada 3anak ini. kami tak mampu untuk berkata kata lagi, kami hanya mampu bertentang mata dan mengeluarkan air mata sahaja. Ini ujian untuk kami.

ISLAM MENGAJAR KITA JANGANLAH KAMU MENCANPURI URUSAN SAUDARAMU YG SUDAH BERUMAHTANGGA, WALAUPUN SEKECIL KECIL HAL.

Bila kita rasa dah cukup segala pengorbanan di curahkan, sampai satu saat  kita lebih rela memilih dilepaskan, kerana hati sudah tak tertanggung, mencintai,

menyayangi tidak semestinya memiliki. Saya hanya mampu beserah pd takdir.  Doa kalian kami harapkan. Tiada masalah dengan suami
Tapi masalah dengan keluarga suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *