Semasa PKP, aku telah berkahwin lagi satu di Th4i dengan seorang janda yang telah kehilangan suami. Aku berharap isteriku boleh menerima kehadiran isteri keduaku
memandangkan isteri keduaku sudah memiliki rumahnya sendiri dan mempunyai pekerjaan tetap. Arwah suaminya meninggalkan dia wang simpanan dan dia juga tidak memiliki anak.
Isteri keduaku tidak mengharapkankan sebarang wang perbelanjaan dariku. Dia hanya perlukan seorang suami untuk menjaganya dikala dia memerlukan seseorang di sisinya.
Masalahnya sekarang nie adalah isteri pertama tak boleh terima kenyataan yang dia telah dimadukan. Walhal isteri keduaku hanya minta seminggu sekali sahaja temankan dia. Itupun pada malam rabu untuk sama-sama ke kelas agama dan menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang suami kepadanya.
Aku tak faham kenapa susah sangat untuk seorang isteri menerima takdir yang dia telah dimadukan. Sedangkan sedikit pun tak berkurangan kasih sayang aku pada dia dan anak-anak.
Malahan isteri kedua sangat memahami situasiku dan turut sama ingin menjaga anak-anakku. Segala nafkah zahir untuk isteri pertamaku Dan anak² tak pernah culas aku tunaikan.
Begitu juga dengan nafkah batin aku untuk isteriku, malah boleh dikatakan makin kerap aku wik wik berbanding dengan sebelum aku kahwin lagi satu.
Kenapa eh susah sangat orang perempuan nak terima hakikat yang dia terpaksa berkongsi kasih. At least takdelah hari-hari dia pening kepala nak sediakan makanan apa untuk suami.
Daripada si suami buat perkara terkutok di belakang dia, selepas kahwin lagi satu takkanla dia nak buat benda yang tak baik lagikan?
Ketahuilah wahai sang isteri. Sesungguhnya seorang lelaki itu mempunyai satu n4fsu tapi sembilan akal. Dan n4fsu yang satu itu adalah untuk kaum perempuan.