Salam admin. Saya nak meluahkn isi hati saya. Tolong hide nama dan profile saya. Dah lama terbuku dihati. Saya ade seorng isteri, ank tiga orang berumur 5tahun, 2tahun & 1tahun.
Saya dan isteri pjj. Anak2 berada di kampung bersama isteri sebab isteri bekerja disana. Kami kerap bergaduh bekenaan kerja saya dan penjagaan anak2. Saya bekerja sebagai technican di kuala lumpur.
Masalahnya Isteri kerap kali memaksa saya tukar kerja di kampung dan asyik cakap saya tak berusaha untuk mencari kerja di kampung supaya saya boleh menjaga anak bersama sama.
Saya sudah banyak carik kerja, iklan kerja kosong semua saya isi, semua saya sapu tapi rezeki Allah tak bagi lagi kepada saya. Isteri saya seolah olah macam tak faham betapa susahnya kerja dizaman sekarang walaupun pengalaman kerja 8,9 tahun.
Saya duduk di selangor menyewa rumah. Kereta dan motor saya gune pergi balik kerja. Komitmen terlalu tinggi utk saya tapi isteri selalu tak faham keadaan saya. Isteri saya juga tak pernah tanya duit saya cukup atau tak, makan atau tak, sihat atau tak,
dia asyik mengeluh letih jaga anak tanpa ambil tahu keadaan saya seorang diri di kl ni. Saya seolah tiada siapa nk saya luahkan masalah saya. Bila saya nk meluahkn masalah tempat kerja saya, isteri akan beralih topik untuk menyelesaikan masalah pjj ni, sampai bila nak pjj. Saya buntu, saya hidup di kota ni nak makan pun duit tak cukup sbb komitmen di sini smua saya kena tanggung seorang diri.
Sebelum ini isteri tinggal bersama saya, jadinya kami berkongsi semua komitmen utk bayar separuh separuh. Tp sekarang semua saya kena bayar seong diri dengan gaji yang terlalu kecil.
Kadang kala saya makan biskut kering sahaja utk 1 hari demi kelangsungan hidup saya tanpa sesiapa pun nak ambil tahu tentang saya.
Kadang kala saya rasa nak mati tapi saya masih memikirkan anak anak saya, itu jer harta dunia akhirat yg saya ada. Terima kasih admin. Semoga Allah merahmati admin dan pembaca luahan hati saya ini. Terima kasih.