Isu Keluarga

Usia perkahwinan kami sudah 7 tahun belum dikurniakan zuriat dan Kami sudah membuat ujian di hospital

Assalamualaikum warga KRT. Admin tlg hidekan profile saya. Saya nak minta pandangan semua warga KRT. Saya seorang suami yang mempunyai seorang isteri yang agak d€gil, panas baran & tidak pandai bersyukur.

Usia perkahwinan kami sudah 7 tahun belum dikurniakan zuriat dan Kami sudah membuat ujian di hospital dan doktor sudah mengesahkan bahawa saya tidak mempunyai masalah untuk dapatkan zuriat malah isteri yang mempunyai masalah sukar untuk hamil atas sebab penyakit dia.

Btw,tak apa lah bab tu. Saya boleh lg terima. Tapi saya dah tak tahan dgn sikap dia yang selalu nak bergaduh, berbalah dan dia ja yang betul, tak pernah salah. Hampir setiap hari, ada saja yang tak kena.

Apabila bergaduh saya tak pernah meninggikan suara pada dia malah dia pulak yang selalu meninggikan suara pada saya, kalau boleh nk semua org tau yang kami ni bergaduh. Kalau tak puas hati dia baling-baling barang.

Saya ni bukan apa lah, saya seorang suami, hanya boleh bersabar ja dgn tindakan dia dan bukan bermakna saya takut. Kalau saya nak melawan balik, teruk dia saya boleh kerjakan. Boleh sangat-sangat.

Tapi saya masih jaga title saya sebagai seorang suami. Saya masih boleh fikir waras, tidak ada gunanya kalau saya buat dia sampai teruk pun malah saya pulak akan dipersalahkan oleh undang-undang dan saya di anggap dayus di sisi agama.

Setiap kali bergaduh, saya akn terbayang-bayang untuk ceraikan dia. Mungkin hidup saya akan lebih bahagia selepas tu, dan mungkin saya jgk akn dikurniakan zuriat apabila berkahwin semula dgn perempuan lain.

Tapi banyak hal yang saya fikir jika saya ceraikan dia, malu dgn adik- beradik, malu dgn kawan-kawan. “Nak telan m4ti mak,Nak luah m4ti bapak”. Di hati saya sekarang ni,dah tak ada dah perasaan sayag,rindu dia sbg isteri. Hubungan ni pun dah semakin dingin.

Saya dh betul-betul tawar hati dengan isteri, kalau boleh pulih balik pun hubungan ni saya tak nak dah. Saya rasa lebih bahagia bila saya bersendiri di luar. Entah lah,kalau tak boleh nk bagi zuriat pun, jaga lah suami tu elok-elok, bersyukur lah masih ada lelaki yang sanggup terima kekurangan kau.

Kekurangan terbesar tu… Tapi, apa yang kau buat? Seolah tak takut, tak kesah kalau diceraikan pun. Ego. Kalau betul lah terjadi cerai, bayangkan lah hidup kau selepas tu! Ada lelaki boleh terima? Mungkin ada lah sebab dia tak tau lg background kau yang panas baran,x reti bsyukur tu. Kalau dia dh tau nanti,kena tinggal jgk lah kot…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *