Isu Keluarga

Yang buat saya terkilan bila kereta rosak suami bagitau caj nak baiki kereta dan bila saya cakap duit saya tak cukup untuk baiki dia cakap

salam min…mohon hidekan profile aku ya..aku just nk luah isi hati aku sebagai seorang isteri yang berkahwin dgn anak lelaki sulung.. kisahnya dulu aku menumpang rumah mertua sebab suami tak mampu sewakan rumah asing apa lagi untuk membeli rumah..

sebagai org yang menumpang aku sedar diri dan aku akur dgn segala kehendak atau segala keputusan family mertua walaupun secara paksa didalam hati aku demi menjaga hati semua.. dan alhamdulillah aku isteri berkerjaya.

Allah izinkan aku untuk mendapatkan sebuah kereta dan sebuah rumah ikhlas aku sediakan untuk keselesaan dan kesenangan family kecik aku iaitu untuk aku. suami dan anak2.. aku ikhlas kerana Allah Taala mmbantu suami dari segi itu.

cumanya yang agak aku terkilan bila kereta aku sesuka hati family suami guna walaupun mereka dah ada kereta sendiri.. nk kemana sahaja tambahan perjalanan jauh memang akan harapkan kereta aku..kadang2 aku tak selesa bila beramai2 padat naik kereta aku.

bukanlah aku berkira..tapi selalu sangat..bukan sekali sekala.. adakalah suami biar je ipar saya gunakan kereta saya sedangkan adik beradik saya sendiri malu nak sesuka hati guna kereta saya tanpa izin saya..

family saya jenis ajar dari kecik hormat harta benda dan hak orang lain..tp hak saya kekadang org guna tanpa izin saya..suami plak jenis tak membantah dengan segala keputusan family dia..jangankan bantah.

kekadang siap pelawa tanpa minta izin saya dahulu..banyak kali saya mengalah…terasa penat bersabar..bagaikan hak saya jatuh ke nombor dua walaupun itu hak saya sendiri..

mil n fil saya masih kuat dan sihat dan mampu drive kereta sendiri..diorang ada beli kereta tapi just simpan ja..saya pun tak faham kenapa.

Yang buat saya terkilan bila kereta rosak suami bagitau caj nak baiki kereta dan bila saya cakap duit saya tak cukup untuk baiki dia cakap” itu kereta siapa?” walhal kereta saya banyak jasa bawak family dia jer..

mak bapak saya pulak tak dapat saya bawak mcm tu.. camna ya nak cakap dengan suami.. saya taknak taknak bermasam muka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *