Isu Keluarga

Ceritanya macam ini dari dulu kami bercinta kami memang tak pernah bersepakat jikalau berbincang sesuatu pasti bergaduh dan kemudian berbaik

Assalamualaikum, disini saya hendak bertanya lah adakah saya lah yang toksik dalam perhubungan ini ataupun isteri saya?

Ceritanya macam ini dari dulu kami bercinta kami memang tak pernah bersepakat jikalau berbincang sesuatu pasti bergaduh dan kemudian berbaik.

Tapi jodoh kami tetap bersama dan berkahwin dan dikurniakan seorang anak. Bayangkan kami pun pernah bergaduh besar hanya kerana hendak memberi nama anak kami,

agak susah kami untuk bersepakat tapi alhamdullilah selepas berbincang berbulan kami pun telah putuskan nama untuk anak.

Sekarang anak pun sudah besar dan tapi kami tetap tak pernah bersenpendapat sampai sekarang. kami suami isteri bekerja,

tapi saya tak pernah culas pun bahagian nafkah zahir mahupun batin, walaupun isteri saya bekerja tapi saya tak pernah lepas kan tanggungjawab saya atas segala tanggungan.

Bayangkan semua benda yang isteri saya nak saya belikan tanpa sedikit pun rasa rugi, saya sentiasa penuhkan apa sahaja permintaan nya untuk memiliki barang barang wanita mahupun percutian.

Akan tetapi itulah kami tak pernah sependapat sentiasa bergaduh atas perkara remeh, saya tiada pun skandal dan isteri saya pun tiada skandal.  Tapi saya banyak luangkan masa dengan anak saya,

bila saya luangkan masa dengan anak saya, saya rasa tenang je . saya rasa seronok, tapi bila dengan isteri saya ada sahaja yang dia tak pernah nak dengar kata saya.

Saya tak tipu saya memang muda dari dia , tapi dia perlu rendahkan ego nya untuk mendengar kata saya. Isteri saya sampai sekarang tak reti masak dan tak pernah masak apa pun untuk saya,

saya pernah juga rasa marah, tapi lama lama saya redho dan saya terima sahaja kekurangan nya, tapi itu lah saya tak tahu siapa yang toksik dalam hubungan ini? adakah salah seorang dari kami menghidap bipol4r? entah lah , itu sahaja lah luahan hati seorang suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *