Isu Keluarga

Hinggalah satu masa datang seorang lelaki aku namakan dia “A” dan dia dah lama perhatikan aku dan aku tau kami berborak dan mula berkenalan.

Salam min. Tlg hide fb aku. Aku pakai fb lama, jenuh aku pikir password. Aku nak meluah perasaan, nak mengadu, nak minta kata2 semangat dan positif dan nak yang baca kisah aku ni ambil iktibar. Yang penah jadi macam aku, silalah berubah sebelum terlambat.

Kisah aku ni panjang, harap ade yang sudi baca. Aku seorang isteri dan ibu kepada 2 cahaya mata. Hubungan aku dengan suami aku tak begitu bagus past 2 years dan suami aku seorang penagih tegar.

Kenapa aku ckp tegar? Sebab dia sanggup gdikan nywa anak bini dengan berhutang ceti hrm dan dia tak bayar. Aku gelarkan suami aku N.

Suami aku pernah naik tangan dengan aku di bawah pengaruh dd4h. Dia pernah pukul aku masa dlm pantang.  Nafkah? B4tin je yang mampu, aku yang cari nafkah..

Pernah turun naik mahkamah beberapa kali untuk tuntutan cerai tapi aku masih lagi beri peluang. Bd0 kan aku? Tapi nanti dulu. Baca kisah aku, sampai habis.

Kisahnya suami aku masuk pusat serenti tanpa rela, aku yang call untuk dorang angkut suami aku kedalam. First 3 months hidup aku kucar kacir, tak terurus, nangis tiap malam kenangkan nasib, tengok muka anak confirm aku nangis.

Sayu hati ape lah nasib hidup kami. Aku kumpul kekuatan, settle kan hutang2 suami aku dengan ceti dan org2 sekeliling. Almost 20k. Yes, 20k. Dalam kecewa patah hati dan kesunyian aku bz kan diri, ramai yang datang kat aku untuk masuk line.

Termasuk ex bf aku dan adik ipar aku sendiri. Kononnya nak melengkapi kesunyian dan kekosongan aku bila berjauhan dengan suami.

Untuk pengetahuan semua walaupun aku isteri orang tapi aku ada rupa body aku umphh boleh je cari 10 lelaki atau suami baru. 

Hinggalah satu masa datang seorang lelaki aku namakan dia “A” dan dia dah lama perhatikan aku dan aku tau kami berborak dan mula berkenalan. Masih ade gap diantara kami sampailah satu masa dia tau aku LDR dengan suami, alasan aku suami aku keje jauh.

Oh ye. Masatu dia dah tau yang aku isteri dan mak orang dan an dia pula adalah suami dan bapak orang. Aku sangkut dengan dia. Memang dia ada rupa, berduit, berharta. Tp aku tak pandang semua tu. Aku suka cara dia, penuh hemah untuk dekat dengan aku.

Kami mula rapat, mula hanyut dengan dosa. Bermula dengan ringan2 dan akhirnya kami kecundang. “Rahsia antara kita”, aku ingat sampai skrg. Masing2 beri alasan hanya nak memenuhi kekosongan diri.

Dia, lost communication dengan wife dia. Dan aku, kecewa dengan suami aku. Dia kata, tak nak ade ape2 perasaan diantara kami, we’re just having fun. Pd mula aku setuju, lama kelamaan rasa suka mula berputik smpai aku lupa yang aku ni masih isteri kepada N.

A dah tau semua kisah aku. Tp sikit pun dia tak penah suruh aku cerai dengan N padahal boleh je tuntut fasakh since nafkah aku dengan anak2 keluarga mertua tak ambil tau.

Dia suruh aku bersabar dan bg peluang lg untuk N. Dlu kerap jumpa A sampai terlanjur berkali2, sbb satu kawasan tmpt keje. Kami dah start jarang jumpa lepas dia kena transfer kerja area lain.

After 10 bulan berkenalan dengan A dan 1 year+ N kat serenti, akhirnya N balik. Tapi balik sekejap je tak lama. Sebab dia dpt offer kerja kat area sana. N berubah 360 darjah. Solat, puasa semua ckup. Siap imamkan aku, bacaan dia merdu.

Aku tergamam. Betul ke laki aku ni? Dulu, boleh kira berapa kali je dia imamkan aku itu pun waktu maghrib je sbb 3 rakaat, dia hanya hafal 2 surah ringkas dan alfatihah. Masatu, aku yang akan betulkan tajwid dia. Skrg, dia yang betulkan aku.

Waktu aku bersama suami, aku takut2 sebab aku selalu teringat sewaktu aku bersama dengan si A dan A tau suami aku balik dia tak kan contact aku. Aku rasa diri aku ni jjk untuk bersama dengan N. Aku serba salah.

N berubah dlm pusat serenti, aku berubah jd jht masa dia takde. Aku curang dibelakang dia. Kej4mnya aku. Semalam, aku jumpa A lepas sebulan kami tak jumpa.

Kami terlanjur lagi sebab Dia beriya nak jumpa sedangkan aku beriya nak mengelak. Tp aku kena jumpa jugak dia, I have to end this. Aku tak sanggup nak menipu lg. Aku dah sukakan dia, aku tak nak terpesong jauh.

Aku dengan dia mungkin akan kehilangan org yang kami sayang kalau kami teruskan hubungan rahsia ni. Hanya dengan perkataan “youu.” Membuatkan kami berdua putus. Dia faham knp aku minta untuk stop.

Dan dia happy tgk aku happy dengan N. I harap you pun happy dengan wife you, A. Rasa sakit dlm hati, mula terasa sebak. Rasa berdosa tak yah ckp lah. Aku tak boleh tido. Aku rasa aku bukan setakat suka A tp aku dah sayangkan dia.

Tiap kali lepas solat aku minta Allah jaga aku. Iman aku tak kuat, senipis kulit bawang. Tak, aku rasa dah mcm gula2 kapas. Masuk mulut, hilang. Subuh ni, aku doa sungguh2 kat Allah. Air mata tak berhenti mengalir. Besar dosa aku pd N.

Sebelum akhiri hubungan aku dengan A, dia minta maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki. Dia ckp, klau org yang dia nak bersama pun mula berubah apa salahnya dia pun ikut berubah.

Aku pesan pd dia, perbetulkan hubungan dia dengan wife dan jgn tinggal solat. Aku nak nangis, lepas kami bersama aku cepat2 keluar dari kereta. Biasa dia akan tnggu aku sampai aku masuk rumah, tp td lepas aku keluar kereta dia terus gerak.
Aku rasa semua ni ade hikmah. Allah dah atur cantik setiap perjalanan. Kita yang pilih jln yang salah.

Curang bukan takdir. Itu pilihan. Aku tau aku akan kena kecam. Tp seeloknya, bg lah aku kata2 semangat untuk melangkah lebih baik. Terima kasih sudi baca kisah seorang isteri derh4ka.

Ambil yang jernih, buang yang keruh. Doakan aku istiqomah dan lupakan A sepenuhnya dan bahagia hingga akhir hayat bersama N dan keluarga kecil kami. Assalamualaikum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *