Isu Keluarga

Paling saya terkilan bila adik perempuan saya beritahu kalau suami mengajak dia untuk menjalinkan hubungan

Salam semua, saya dah kawin hampir 10 tahun. Anak pun dah 7 orang. saya nak minta pendapat korang, apa yang perlu saya buat jika suami saya selalu chat perempuan di media social dan bermanja manja.

Perangai tak ubah2 dari zaman remaja. Baru2 ni saya dapat tahu yang dia bergaul dengan kawan sekerja nya juga tiada batasan.

Paling saya terkilan bila adik perempuan saya beritahu kalau suami mengajak dia untuk menjalinkan hubungan tanpa pengatahuan saya, perkara ni slalu terjadi pada saya, smpai saya rasa tawar hati. dah berapa kali dia mintak maaf untuk bnda yang sama.

Saya  dibu4ng keluarga kerana memilih suami dan  sekarang saya tak tau nak mengadu pada siapa. bila saya tnya kenapa dia buat mcm tu pada saya, katanya dia saja sakit kan hati saya, sebelum niy dia buat mcm tu pada org lain saya masih lagi bertahan.

tapi sekarang dia buat mcm tu pada adik saya sndiri, Sekarang memang saya masih tak boleh terima apa yg dia buat pada adik saya  dan sentiasa bermain main di minda saya.

anak2 saya memang sayang pada bapa nya. saya risau kalau kami berpisah anak2 saya akan sakit.

Adakah sbb saya berkerja dan dia mengambil kesempatan untuk berhubungan dengan orang lain , saya berkerja sebab saya tak nak kami hidup susah , dan saya sentiasa bantu dia bayar semua bil , apa yang dia bayar semua saya akan bayar separuh ,

maksud nya saya buat ini untuk meringan kan beban nya , tapi lain pulak yang jadi , sekarang dia malas kerja , dan slalu tak pergi kerja ,  sampai saya cakap kat dia kenapa saya pulak yang kene kerja dan awa duduk rumah ,

Tanggungjawab siapa sebenarnya ni , apabila saya cakap dengan dia , dia slalu tak amik kesah , dia anggap semua ni mcm tak serius je , sepajang perkahwinan saya dan dia , tak pernah pun dia bagy saya duit belanja ,

duit gaji dia hanya cukup untuk bayar bil dan belanja diri dia je , mak ayah dia pun dia susah nak bagy duit .. apa perlu saya buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *