Salam admin, tolong hide profile saya.
saya nak minta pendapat semua dalam group ni. saya bukan nak buka aib diri sendri atau aib suami tapi saya tak tau lagi nak mengadu dengan sesiapa.. saya tahun ni umur 23, janda anak 1.
dah lama cerai, anak pun dah besar. anak saya mak jaga, saya datang johor cari kerja. saya kerja kedai spa, saya kenal 1 seseorang kami berkwan , lepas 3 bulan berkawan dengan dia tu kawan 1 kerja bagi tau yang dia sbenarnya baru lagi kawin tak smpai setahun dan isteri dia tengah mengandung, saya sakit hati dan nak berpisah dengan dia tu.
Dia cakap dia kawin sebab terpaksa dan macam macam lagi alasan dia. saya dengan bd0 percaya cakap la. saya terima dan teruskan hubungan dengan dia. sampai la 1 masa saya positif mengandung, dia 2 sangat dan nak kawin. saya tanya dia klau dia bole adil dengan saya dan isteri dia kita kawin. dia cakap dia bole adil.
kami pun urus surat nikah thai. kami urus surat nikah kebelakangkan tarikh nikah 1/10/2017 sedangkan kami nikah 1/4/2018. saya positif mgndung bulan 2 2018, dalam masa yang sama isteri dia baru bersalin bulan 2 2018. jadi due saya bulan 10 2018.
minggu lepas ada orang hantar no telepon saya dengan isteri dia, isteri dan mak dia marah dan maki maki saya. suami cakap sabar tak payah balas nanti dia urus, tapi dia langsung tak selesaikan . suami banyak diam depan family dia.
Sampailah akhirnya sendiri hantar gambar nikah kami dekat isteri pertama kerana daripada family dia tau cerita ni dari mulut orang bagus saya bagitau, saya bagitau pun cara baik. dorang gaduh besar, dan family dia tak bole terima saya.
akak dia msg saya dan tanya tanya pasal kitorang, saya bgtau kami nikah dah nikah sebab tak nak family dia anggap anak ni luar nik4h. tapi suami bagi tau perkara sebenar dan buka aib saya seorang isteri dia, dia bagi tau family dia yang kita orang nikah bulan 4, saya keje spa dan sedang mengndung anak luar nik4h dia.
Dia salahkan saya semua, saya tak tau la kalau dia buat macam tu sebab nak selamatkan diri dia dari kena bu4ng keluarga. hati saya sedih min, saya klau bole nak jaga hati fmily dia tapi dia bole buruk burukan saya dpn fmily n bini dia.
family saya bole terima dia ada bini pertama tapi family dia tak bole terima saya bini no 2 dia. sekarang dia dah lepas tangan dekat saya dan anak dalam perut saya. Saya tunggu hari je nak bersalin tapi suami cakap dah urus surat cerai. Sedih hati saya sebagai isteri, saya bole terima bermadu tapi fmily dia tak.
Dengan senang dia lepaskn saya. time isteri dia pantang di kampung suami sakit ataupn dalam susah saya yang jaga. dia perlu duit saya bagi tapi last last dia tinggalkan saya dengan anak dia macamtu saja.
saya tak pernah nak rosak kan hubungan dorang suami isteri, saya cuma menumpang kasih sayang tapi akhirnya kene cerai. saya nak minta pendapat apa yang perlu saya buat sekarang. Dan doakan saya dengan selamat.