Isu Keluarga

Paling aku tak boleh terima Ada 1 hari tu hujan lebat memang jalan jem gil4 lah perut lagi lapar tapi sampai je rumah takde makanan pun.

Salam krt. Hai admin. Sekadar meluahkan isi hati saya. Saya dah kahwin hampir 4 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan.. masalah dalam rumahtangga saya adalah istri saya terlalu m4l4s.

Saya kerja ulang alik dari rumah mkan masa sejam setegah, ini kerana wife saya tak nak pindah duduk kat tmpat keja saya dia nak duduk kampung dia dekat dengan famly dan sedara dia tak delah dia bosan katanya.. saya tak kisah semua tu tapi 4 tahun kahwin kenapa malas dia tu tak pernah berubah.

Byangkan setiap kali balik kerja dia tak siapkn saya makan pegi keja pun sama. Rumah sentiasa bersep4h.

Paling aku tak boleh terima Ada 1 hari tu hujan lebat memang jalan jem gil4 lah perut lagi lapar tapi sampai je rumah takde makanan pun.

Bila saya tanya dia kenapa tak masak senang je dia jawab tak sempat sebab tadi keluar dengan kawan dan baru balik. Tahulah duduk rumah ni bosan so i keluar lah katanya.. tanpa minta izin bukan skali tapi berkali2 nak kemana2 tak pernah bagi tahu saya..

Malam tu agaknya sebab perut lapar jugak saya ter emosi, tapi isteri saya ni bila nampak saya marah bukan dia nak minta maaf tapi lagi dia meneninggi2 suara lawan balik.

Rumah kami dekat dengan famly dan sedara dia saya malu.. saya tak fikir panjang terus balik umah fmly saya dan isteri saya macam tak kisah je saya keluar.. dalam hati masa tu tuhan saja yang tahu

Saya amik keputusan untuk tak balik rumah dulu, sakit betul hati mengenangkan perangai dia tu. Esok tu saya cuti jadi kawan ajak teman dia dating dan sebab masa tu saya stress saya ikut je kwan saya tu n disinilah satu cerita baru brmula.

Awek kawan saya ni selalu bawa kawan dia jadi peneman.. cantik kawan dia tu dan saya tersuka tanpa sengaja. Dia orang susah masih belajar di tingkatan 5. Selain lemah lembut dan kecantikan dia saya respect dengan dia sebqb dia tak ada hfone pun..

macam tak logik remaja sekarang tak ade telefon. So saya belikan dia ifone untuk senang saya mengenali dia lagipun Dia orang susah adik bradik ramai dan mak dia ibu tunggal .

masa saya beli tu mula2 dia tak nak terima tapi lepas saya merayu akhirnya dia amik juga telefon tu. Rasa hati berbunga2 setiap masa tengah keja pun boleh senyum sorang2 angau la katakan..

Isteri saya lansung tak call dan text saya.. walaupun saya sangat rindukn anak saya tapi saya kuatkan hati tambah lagi sejak adanya si dia dalam hidup saya, saya rasa hidup saya sangat bahagia.. 

dialah wanita dalam lena saya dan kini ada di depan mata saya.. saya dah jumpa ibu dia berbincang untuk memperistrikan dia, ibu dia tak menolak cuma minta dia tmpoh sampai habis f6. Allahu bahagianya hidup saya masa tu.

Hampir 6 bulan kami sentiasa ambil tahu antara 1 sama lain, dia pandai jaga diri hatta saya nak minta pegang tangan pun dia tak bagi.. lagi la membuak2 semangat nak cepat kawin saya ni.. tapi itulah yang indah tak selamanya indah.. Hari tu aku balik kerja da aku terkejut tengok isteri saya ada kat rumah family aku..apa dia nak 6 bulan dia tak call dan text tiba2 muncul kat sini..

Isteri masuk bilik isteri saya menangis dan mohon ampun maaf tapi saat itu saya dah tak ade hati kat dia. Saya tak pedulikan dia pun dan malam tu saya tidur awal

masa tido tu isteri saya ada usik2 saya mungkin nak ajak buat benda tu tapi saya buat tak tahu je sampai la saya tidur. Esoknya saya pegi keja macam biasa. Wah pagi ni isteri saya siapkan saya punya srapan tapi bila hati dah tawar buat la apa pun tetap akan tawar.

Saya cuba tunggu kesayangan saya balik skolah tak sabar nak call dia tapi kenapa tiap kali call dan wasap saya dia tak jawab.. rupanya masa saya tidur semalam isteri saya curi2 cek fon saya dan amik nombor dia.

Tak tahulah apa yang isteri saya cakap pada dia, hakikatnya dia bukan perampas dan untuk pungetahuan smua dia pun tak tahu yang saya dah kawin

Dia cuma wasap saya memohon maaf sebab menjadi orang ketiga dalam rumah tangga saya, andai dia tahu saya dah kwin dia tak kan beri saya harapan.. allahu jatuh air mata saya..

dia minta saya amik fon yang saya bagi kat dia tu balik.. hati saya sedih min. Saat saya menunggu detik untuk menikahi dia isteri saya h4ncurkan segalanya.. sejak hari tu saya tak setuh pun isteri saya, tak tahulah makin saya melihatnya makin sakit hati saya.. saya rindukan teman wanita saya tu.. apa patut saya buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *