Isu Keluarga

Kisahnya masa aku bujang aku kenal 23 orang lelaki tapi kisahnya kat sini aku ada kenal seorang lelaki ni yang tetiba masuk dalam hidup aku dan sekarang suami aku..

Min..hide fb kawan aku ni ye.. Aku nak meluahkn skit sejarah hidup aku dari bujang smpai menjadi seorang isteri..
Semoga jadi teladan untuk mereka yang belum berkhwin.. Supaya memilih dengan baik..

Jangan pikir pasal malu jika nak pilihan yang baik untuk diri kita sndri.. dan jangan kita sibuk sangat nak jaga hati orang lain smpai terg4d4i masa hadapan dan kebahagiaan diri sndri..

Aku dah khwin 6 tahun.. ada 2 orang cahaya mata yang sentiasa buat aku bahagia walau hati aku dah mat!.. hanya anak2 aku penguat semangat aku dan kebahagian aku..

Masa aku bujang dulu.. aku seorang yang penyabar.. suka gelak.. happy go lucky la gitu.. memang susah nak tengok aku menangis.. walau depan kawan2 pon aku susah nak nangis.. nak kecewa dengan lelaki.. berat badan pon sntiasa ideal je..

semua senang kawan dengan aku dan aku pon rapat dengan sedara mara.
Kisahnya masa aku bujang aku kenal  23 orang lelaki tapi kisahnya kat sini aku ada kenal seorang lelaki ni yang tetiba masuk dalam hidup aku dan sekarang suami aku..

Lepas kenal suami aku.. dia ajak aku couple.. tapi aku memang dah tak minat couple sebab pengalaman seblum nya.. last2 suami aku masuk meminang aku.. walau kami kenal tak lama..

sebelum suami aku masuk meminang.. aku tanye kawan lelaki aku yang selalu aku berhubung.. yang sentiasa ada masa bila aku perlukan.. dan dia halang sebenarnya aku terima.. tapi aku degil.. aku terima pinangan suami aku..

Aku bertunang dalam setahun.. lepas bertunang memang aku tak berhubung dengan kawan aku tuh.. sebab aku konon2 nak tnjuk yang aku setia dan sayangkan tunang aku je.. lebih 6 bulan kami tunang..

sedikit demi sedikit kantoi dia dok main perempuan belakang aku.. last sekali aku minta putus.. tapi malangnya semua tak setuju dengan keputusan aku sebab nak dekat kahwin dah.. persiapan dah siap.. aku nak juga putus.. tapi family lelaki dah masuk campur dan merayu kat aku.. dan family aku pon minta diteruskn.. untuk menjaga aib mereka.. aku pon kahwin juga..

Selepas khwin aku ingat dia berubah.. tapi tak.. dia abaikn aku (masa ni kami masih pjj sebab dia tak dapat cari rumah sewa lagi) smpai aku depression.. aku makin kurus… sebab dia s4iko sangat.. korang bayangkan awal kahwin dah buat perangai..

sedangkan aku setia. Sampai aku tekanan perasaan.. Lepws tuh aku minta diceraikan tapi suami aku tak nak ceraikn aku.. dia akan cari rumah untuk duduk bersama.. jodoh aku masih kuat dengan suami aku bila dia dapat rumah (rumah kerajaan)

Lepas aku duduk bersama.. suami aku kantoi lagi ada berhubungan dengan perempuan lain. tapi Allah sentiasa ada.. aku istifar.. suami aku balik peluk aku menangis2 mintak maaf.. sebab tengok keadaan aku..

Bila aku disahkn mengandung.. sekali lagi kantoi.. tapi paling pahit untuk aku terima.. bila aku di hospital jaga anak dalam pantang.. dia boleh keluar dengan perempuan lain.. sama juga dengan anak kedua..

6 tahun segalanya berlalu macam tuh sahaja.. bukan aku tak nak minta cerai. tapi aku tak ade bukti.. sebab suami aku pandai hide kan macam2 dari aku.. jadi aku tak ade bukti..

kalau ada bukti pun dia cepat2 padam sqmpai family mertua aku cakap aku ni kuat cemburu itu ini.. dan nasihat dari mak aku.. ini ujian buat aku.. aku kena tabah jalani..,penceraian bukan jalan yang terbaik..

Dan bila dah banyak hati dilukai.. hati aku dah hancur.. aku temui satu jalan.. jalan itu namanya redha.. Bila hati aku mulai redha.. aku rasa tersangat tenang. Aku hanya fokus membesarkan anak2. Perkahwinan bukan semudah yang disangka. Setiap orang punya pengalaman yang berbeza..

Aku nak nasihatkn yang tengah betunang atau couple.. kalau pasang korang dah curang.. n4ik tangan.. n4ik kaki.. tinggikn suara..tolong lah tinggalkn sahaja sebelom korang merana lepas kahwin macam aku..

jangan fikir perasaan orang lain..sebab mereka tidak akan rase ape yang kita rasa…

Maaf la ayat pusing2.. bukan senang dah aku nak gelak ketawa senyum2 macam dahulu… selepas aku diuji bermacam masalah dengan suami bekas kekasih aku tetiba mesej minta maaf sebab tinggalkn aku..

kawan2 aku yang aku berhubung masa bujang mesej aku meluahkn perasaan. kalau aku nak curang.. bila2 masa sahaja boleh.. tapi aku masih waras.. aku tak pernah balas mesej2 mereka..

walau suami aku dah buat hidup aku kemurungan..aku masih setia dlm hubungan ini. sebab aku tahu. setiap perbuatan baik atau buruk. Pasti ada b4l4san.. dan tidak perlu aku berb4l4s apa yang suami aku lakukan pada diri ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *