Salam min dan wrga krt sekalian , tolong siarkan kisah insan yg khilaf ini tapi sebelum itu , tolong hidekan fb ya , ni fb cousin aku.. Aku rindu isteri kedua aku min. dulu aku pernah berpisah istri pertama atas sebab2 dia taknak bermadu. Dan aku kenal dengan isteri kedua ni, orangnya baik, rapat dengan aku, selalu dengar masalh aku, slalu ada bila susah senang, tak merungut min.
Kisahnya sebelum dia jadi isteri ke 2 aku kami pernah bercinta selama 2 tahun lebih dan mulanya kami bercinta sangat bahagia. Tapi lepas tu aku mula naik kepala sebab aku nampak dia ni sayang sangat dengan aku, aku pun mula lah kasar dengan dia,
cemburu tak betempat, aku slalu pkul dia, m4ki hamun dia tapi dia diam je min, dia slalu nangis je, aku pernah tanya dia kenapa tak tinggalkan aku, dia cakap sebab dia sayang lah dia bertahan, dia harap sangat yang aku akan berubah suatu hari nanti ..
Pernah la jugak dia cakap nak tinggalkan aku, tapi aku halang dia, aku janji tak buat lagi, aku minta maaf dengan dia, aku nampak sangat keihklasan dia tu min. tapi entah kenapa aku macam ego sangat sampaikan aku tak pernah nak hargai dia masa tu.
Bukan sekali dua dia cakap nak tinggal aku, dah banyak kali tapi dia still maafkan aku sebab aku merayu dengan dia, kadang2 aku pukul dia kalau dia cakap nak tinggal aku min, sampaikan aku nampak dia bertahan dengan aku bukan sebab sayang dah.
sebabkan takut. Ya aku tau aku salah. Terlalu ego dan baran pada perempuan sebaik dia tu. Lepas tu ada satu hari tu , dia bagi tau aku yang dia pregnant, tekejut b€ruk aku min.
Mula2 aku bingung sekejap pastu tiba2 aku marah dan m4ki hamun dia depan kwan2 dia, bila dalam bilik kami bincang secara private aku pksa dia untuk ggrkqn kandungan tu sebab aku masih nak enjoy dengan dia dan kawan2 aku. Dia menangis je min, dia cakap dia tak boleh, terus aku pun pkl dia.
Dia nangis tejerit2 sampai hilang suara min, tapi aku langsung tak pedulikan dia masa tu, sikit pon tak kesiankan dia. lepas tu aku keluar lepak nak sejukkan hati tak lama macam tu mak dia call aku min, mak dia kata nak jumpa aku ngan mak aku. mak dia dah tau yg dia tu mengndung. Aku bertambah gelabah , dengan duit tak ade lagi masa tu, aku buntu sangat2.
Aku balik ja rumah sewa kita orang tu. aku nampak dia dah tak ade dekat rumah , aku dah agak mesti dia balik and bagi tau parents dia. Tapi masa tu aku cool je, bawa mak aku jumpa mak dia malam tu juga, dalam perjalan tu macam2 kepala ot4k aku ni pikirkan , tebayang yang aku akan dipkul oleh kluarga dia sebab aku ada pkul dia tadi nya kan? Macam2 lah yg terlintas di fikiran ni masa tu ,
Sampai je kat rumah dia, dalam rumah tu ada mak dia, pkcik, kakak, and abang dia. Dia pun ada cuma sembunyi dalam bilik sebab takut sangat kot. Kitorang pun bebincang, family dia sikit pun tak berkasar dengan kami, kami bincangkan elok2 pasal nak nikah kan aku dengan dia, selang berapa hari,
entah kenapa tiba2 aku berubah hati min, terus teringatkan pada istri pertama , dan aku nak sangat nikah dengan dia. Aku dengan isteri pertama ada anak sorang umur 4 tahun , jadi aku dengan isteri pertama memang tak pernah lose contact sebabkan anak ..
Aku slalu tanyakan kabar anak melalui dia, dek kerana family dia dah tak bagi aku datang rumah sejak kami becerai dulu, melainkan aku nikah semula dengan dia. Dalam masa aku mnunggu nak nikah dengan isteri kedua,
secara senyap2 kami nikah semula dengan isteri pertama aku tu, yang tau pasal pernikahan semula aku dengan isteri pertama cuma keluarga aku dan keluarga istri pertama . Keluarga isteri kedua langsung tak tau.
Masalahnya sekarang aku nikah semula dengan isteri pertama sebab hanya cuma nak mengelak dari isteri kedua yang tengah mengandung tu dan juga masa tu aku dah mulai bosan dengan isteri kedua tu, tapi penipuan kami tu tak kekal lama,
akhirnya isteri kedua tau pasal kami dan dia sedih sangat2, tak sangka katanya kenapa mesti sekarang, kenapa tak dari dulu katanya sambil menangis, masa tu aku langsung tak peduli min, aku rasa bahagia sangat dengan istri pertama aku ,
Beberapa bulan kemudian aku pun dinikahkan dengan isteri kedua Dan setelah selesai aku nampak dia macam lain dah, aku try lah bawa dia bercakap , dia langsung tak peduli apa aku ckap. Sepatah h4r4m pun dia tak jawab. .
Dia cuma pesan pada aku satu je , TOLONG JANGAN CARI SAYA LAGI DAN JANGAN G4NGGU SAYA DENGAN ANAK SAYA! tu je dia kata pada aku min , pada mulanya aku anggap dia main2 kot sebab yelaa dulu kan dia tu sayang sangat dengan aku, jadi aku buat tak kesah je lah.
Hari beganti hari, bulan beganti bulan sekarang dia dah pun bersalin min, anak aku tu pun dah masuk 8 bulan dah umurnya, anak aku pompuan min. sedih sangat2, selama dia mengandung sampai lah dia bersalin dan sampailah sekarang aku tak pernah jenguk dia dan anak, aku pernah call dia nak tanya tapi dia dah tak layan aku.
Aku sedih dan menyesal sangat, sikit pon peluang aku tak dapat,
Isteri pertama aku tu pulak dah mula buat perangai. dah tak macam dulu, dia kurang layanan untuk aku, dah kurang hormat aku.
Dia dah tak buat aku macam suami dia, semua kerjaa rumah aku yang kena settlekan semua , dia dok goyang kaki je, lepas tu jerit2 minta aku buat itu ini , temasuk la jaga anak.. Pasal tu aku tak kesah sangat lah.
Cuma dia ada kantoi dengan aku chat dengan lelaki lain, aku marah pon dia boleh slamber lagi jawab SUKA H4TI AKU LAH , DIA NI KAWAN AKU DARI DULU ,SELALU TEMAN AKU CHAT SELEPAS KAU CER4IKAN AKU DULU. SEKARANG KAU YANG NAK SANGAT DENGAN AKU KAN , TERIMA JE LAH Allahu .. Pedih min ,
masa tu aku dah tak pikir apa dah min aku cuma teringatkan isteri kedua je.. Mengalir juga air mata aku ni , menyesal tak sudah. sampai sekarang dia masih marahkan aku, aku pujuk memang langsung tak jalan min, dia langsung dah taknak layan aku.
Dia kata suruh aku move on, aku yang pilih jalan ni, aku yang nak sangat so sekarang aku kena tempuh semua nya. aku selalu berdoa min , moga Allah lembutkan hati dia untuk terima aku semula.. Aku rasa bagai nak m4t!. aku nak isteri dan anak aku.. Apa patut aku buat? Tolong aku min.