salam admin. harap hidekan profile saya..
saya nak luahkan ape yang terpendam dilubuk hati paling dalam. rasa terkilan. terkilan yang teramat. orang selalu kata isteri kedua per4mp4s suami orang dan l4y4k dim4k¡.
tapi saya harap selepas ape yang ingin saya coretkan ada yang terbuka mata kalian semua. bernikah, suami beritahu dia nak isteri yang boleh jaga makan minum dia. sakit dia susah senang degan dia. Ya saya istri ke 2. Saya sedar itu. Tapi saya kesiankan suami yang sering di abaikan.
Kisah pada mulanya Isteri pertama hidup sangat susah bersama degan suami sampai terpaksa menumpang rumah kakak kandung suami.
Sejak dari situ isteri pertama selalu menyumpah m4k¡ h4mun suami. mengungkit dan mengatakan menyesal kawin dengan orang tu4 dan hidup susah. isteri pertama nie bersalin anak pertama dan anak kedua dirumah kakak suami. jadi mereka rapat.
Sampai lah suami pindah ke negeri di pantai timur. gara2 isteri pertama ugt nak cer4i sebab hidup susah dan nak balik duduk dengan mak ayah dia. suami pon ikut. disana ada pasang surut bab kerja. suami amik keputusan nak pindah ke kl.
Tapi isteri pertama nie tak nak. Suami pon pergi lah ke kl. tidur ditepi jalan. sementara cari kerja. alhamdulillah ada h4mba Allah yang baik hati. Suami mula kerja dan ada tempat tinggal.
Lepas 2 tahun di kl suami dan saya bertemu. suami bagi tau dia nak memperisterikan saya. dia jujur kata dia suami orang saya berfikir banyak kali untuk terima dia. nampak kesungguhan dia.
Jumpa mak dan pakcik2 dikampung sb saya takde ayah dah. dah meningg4l. pakcik2 tak tau dia suami orang sebab mak tak nak saya dikata. jadi kami bernikah. lepas beberapa bulan saya mengandung dan madu saya mengandung.
Madu saya letak syarat kalau dia mengandung anak lelaki suami kena duduk dengan dia balik. Tapi suami diam sebab disana takde kerja. Suami dah mula naik dalam kerjaya dia. tanpa madu tau saya dan suami sama2 uruskan syarikat kami yang kecik nie.
sampai lah masa bersalin saya lahirkan anak perempuan dan madu anak laki. beza anak kami 7 hari. dia tuntut syarat dia. suami tak layan.
Dia dapat tau suami ada wife lain. dan dia ser4ng saya kata saya god4 suami sebab harta suami. Sedangkan dia tak tau saya yang bersusah payah dengan suami usahakan semuanya sekarang. Sampai saya sanggup tinggalkan kerjaya dan cita2 saya untuk tolong suami.
Bukan hanya tu tapi barang kemas berhabis bergadai untuk mulakan semuanya dulu.
Madu letak syarat nak satu set barang kemas, kereta H tapi suami tunaikan dan saya mesti minta maaf sebab jadi isteri muda tanpa restu dia.
Dia kata dia nikah dengan suami dulu ingat boleh hidup senang dan sekarang nak merasa hidup senang ada pulak pengg0d4 nak k¡k¡s h4rta suami. Demi Allah saya kawin dengan suami niat nak jaga dia. Tak pernah nak k¡k¡s sikit pon harta suami.
Satu yang saya paling terasa dengan sikap madu saya dia pandai berlakon bercerita dekat orang suami saya abaikan dia dengan anak2 sebab dah ada isteri muda. sedangkan suami tak pernah abaikan nafkah. bukan setiap minggu bab duit.
setiap dua tiga hari duit akan ditransfer. sampai kan ke kakak kandung suami dia burukkan saya. dia kata suami balik semata2 nak puaskan n4f$u dia.
Dia boleh whatsaap saya suruh layan n4f$u suami sebab dia tak nak bagi dia nak duit nak emas je. sampai tahap tu pon dia cerita kat orang.
Sejak nikah sampai lah anak saya dah dua. kakak ipar saya tak penah bertegur dengan saya tak penah sentuh anak2 saya disebabkan fitn4h dan lakonan madu saya.
bukan setakat kakak ipar dia cerita tapi semuanya. Termasuk jiran dia. bila saya singgah sementara nak amik anak2 dia balik kampung mak mertua. orang sekeliling akan pandang macam saya nie manusia paling j¡ijk.
Allah je tau hati saya. menangis tu memang dah wajib tiap kali balik amik anak2 tiri. Saya balik ikut suami..alhamdulillah. syukur mak mertua baik sangat adik beradik semua baik cuma kakak ipar sorang tu je.
Tiap kali balik saya makan hati dengan sikap dia. anak2 saya bila pergi dekat dia. dia tak layan. Seolah2 anak2 saya tak ujud. admin. saya nak minta pendapat. macam mana lagi nak cari kekuatan nak menghadapi hari2 mendatang.
dengan fitnah dengan perlian dan tuduhan tak berasas madu saya?mungkin lepas nie banyak komen yang akan kata saya ni macam2. saya dah lali. sebab Allah tau niat saya.
saya jalanakan tanggungjawab saya sebaiknya. mengalah selagi boleh mengalah. menangis tanpa siapa pon tau ape yang saya pendam. Terima kasih admin..