Salam warga krt..Saya dah berkahwin dengan suami hampir 5 tahun. mempunyai seorang anak. Saya dan suami tinggal berjauhan atas sebab kerja suami di Kedah saya di Kuala Lumpur..
Kisahnya bermula semasa saya belajar saya berkenalan dengan sorang lelaki dan masatu kami memang rapat dan terlanjur tapi hanya sekdar bersuka2 tanpa perasaan cinta.. dia dah berkahwin lebih kurang 2 tahun dan sudah mempunyai anak. dia juga berjauhan dgn isteri dia.. Dia juga bekerja di Kuala Lumpur.
Dan saya pun dah taknak berhbung dengan dia lagi. Masalahnya dari isteri dia mengandung sampai lah sekarang dia tak habis2 kacau saya di facebook dan wasap saya. sebelum ni, saya ok je. Layan macam kawan sebab pernah brkawan kan.. tapi lama2 saya perhatikan, dia ke arah lain.
kadang tanya soalan yang terlalu peribadi. Saya marah sangat. sekarang pun hampir tiap malam dia pm saya kt fb. saya sangat risau kalau suami saya baca mesej yang dia hantar tu dan memang akan mnyebabkan kami bergaduh sebab suami tau password fb saya.
Dan saya rasa lelaki ni masih simpan video kami dulu2. Biasanya dia akan pm kt fb pukul 12am ke atas. masa nak tido. Saya memang dah tak layan dia dah sekarang..
saya sangat stres sekarang ni dia selalu cakap nak datang jumpa saya tapi saya tak nak jumpa dia pun dan pernah dia datang tunggu depan ofis saya. tapi nasib baik masa tu saya sempat lari dari dia..
saya dah bgtau dia jangan pm, jangan wasap saya lagi,
tapi tiap2 malam mesti dia pm, wasap, mesej tanya macam2 pada saya dan saya tak pernah reply pun..dah tau perangai dia.. tapi jenis tak reti bahasa ni. macam mana nak sedarkan lelaki tak sedar diri macam ni?