Hari ni terbuka hati nak kongsi pengalaman hidup aku berk4w4n rapat dengan suami orang dekat ofis. Disclaimer: berKAWAN RAPAT, bukan bercinta ye. Baca dulu and then silakanlah buat conclusion masing2. Min, macam biasa tolong hide profile ye.
Kisahnya aku isteri orang yang sangat bahagia pada awal tahun 2017 aku telah dipindahkan ke ofis kl untuk bekerja dengan Syafiq bukan nama sebenar. Sebelum ni dekat ofis lama aku pernah nampak Syafiq time dia training, tapi nampak macam tu jelah tak pernah tegur.
First few months aku rasa tak selesa dan awkward bekerja dengan Syafiq. Dia macam kasi vibe meny4mpah je kat aku. Patutnya aku ni partner dia, tapi dia cold gla dengan aku. Lantaklah ko, aku pk. Selagi kerja jalan aku pun ok je.
Aku tau Syafiq ni suami orang, anak dah dua. Wife dia kerja dekat branch lain. Aku tak pernah jumpa, tapi kalau aku type nama wife dia dekat database, memang akan jumpalah nombor telefon semua.
Anyway, satu hari tu aku macam dah fed up dah pasal ke-awkward-an kitorang. So aku pun cuba untuk get to know him better. Makin lama makin ok lah working relationship kitorang, tapi awkward masih ada, so in another catch up, aku cakap terus-terang dengan dia: “boleh tak u honest je dengan i? Kalau tak selesa kerja dengan i bagitau je, takyah nak awkward sangat.
Tak tau pulak aku dia boleh pergi confess dia ada feeling kat aku. Dia suka aku sejak first day aku masuk ofis kl, and sebab dia tak nak perasaan tu jadi kuat, dia pun cuba untuk elakkan aku… Tapi logically memang tak make sense lah sebab hello aku partner kau ok.
Sebenarnya aku pun ada crush kat dia gak, tapi aku simpan je perasaan tu sebab yelah. Crush biasa2 je kot. Bila dia bagitau dia suka kat aku, dalam hati taman berbunga gak laaa. Eversince that day, kitorang makin selesa dengan each other. Working relationship kitorang bertambah baik dan efficient sampai sales naik.
Manager kitorang pun selalu tanya dia, asal dia nampak happy semacam je sekarang ni? Ada apa-apa jadi ke? Tapi of course lah dia tak kata apa-apa. Maybe sebab kitorang dua memang dah habis transparent dengan each other, sebab tu kerja makin senang n efektif.
Kalau ada cara dia yang aku rasa boleh improve, aku hent4m je dia n dia pun selalu kasi constructive critism kat aku n share knowledge dia about work. So work-wise, it’s going great.
Kitorang pun ada gak keluar sama2 time weekend sebab dua2 minat hiking. Selalu memang kitorang akan keluar kl sebab trail lagi best. Aku tak tau dia bagitau wife dia ke tak, hal rumahtangga dia is none of my business. Yang aku tau, kitorang kawan rapat.
Tipulah kalau aku tak rasa bersalah sebab masa dia confess tu, dia kata nak keluar sama2 sebab nak cuba lupakan aku. Tapi aku rasa perasaan dia terhadap aku makin kuat. Aku je yang cuba untuk tak layan. Tiap2 hari aku tengok gambar wife dengan anak2 dia kat Facebook supaya aku boleh jaga perbatasan antara kitorang.
Satu hari tu, aku breakdown kejap sebab cara dia layan aku macam girlfriend pulak, and aku diselubungi perasaan bersalah terlampau amat. I mean, I don’t want to be a homewrecker man, so I told him that. Terus-terang.
Aku cakap kat dia, “u should forget about your feelings to me sebab u dah ada family. Kesian la dekat wife dengan anak2 u.” Silap aku satu je, masa aku confront dia, Aku mintak untuk pegang tangan dia And I guess mungkin honesty aku dah buat dia tertarik lagi Because he still has feelings for me up to today!
Aku tak nak cut relationship dengan dia sebab dia senior yang sangat ok, pasal kerja memang dia tip top. Plus teamwork kitorang pun bagus, kalau aku stop cakap dengan dia, things will get super uncomfortable and effect work.
To justify our relationship, aku buat mindset macam ni: “At least dia dengan aku yang boleh jaga boundary relationship kitorang. Kalau dia dengan perempuan lain, silap haribulan he will cheat on his wife phsyically.”
Kadang2 aku terfikir gak, asal la husband orang ni boleh pulak nak crush dekat orang lain sedangkan dah ada wife. Satu benda aku perasan pasal Syafiq dengan wife dia (based on his lifestyle and her working hours), diorang ni tak spend much time together.
Syafiq kerja ofis hour, wife dia pulak shift. Bila aku balik rumah, kau takde. Bila aku bangun tidur, kau dah pergi kerja. Maybe sebab tu marriage these days are not as strong as our parents?
Aku pernah bincang benda ni dengan colleague lain, lelaki, juga sudah berkahwin dan ada anak. Sebenarnya bagi aku, setting orang dulu2 dah elok dah. Suami keluar kerja cari makan, isteri uruskan rumah tangga.
So both husband and wife tak rasa kekurangan sebab masing2 complete each other. Husband balik, nampak muka wife. Boleh jadi teman berborak, makan food air tangan wife dia.
Wife pun kalau tak kerja takdelah rasa penat sangat balik kerja kena layan suami dengan anak-anak. Tapi ramai orang suka justify the two working parents lifestyle sebab cost of living. So, to each of their own lah. Pendapat aku, benda ni jadi sebab suami isteri dua2 takde masa untuk each other. Senang je.
Personal experience aku, Syafiq perlukan someone who will fill up his wife’s void. Dan aku pula tak kisah untuk dengar keluhan hati dia (work and life-related, dia tak pernah cerita pasal rumahtangga dia), teman dia buat aktiviti yang dia suka and maybe untuk kasi dia semangat time dia down.
Aku tak tau relationship dia dengan wife dia macam mana. Aku just harap yang one day it will get better between them, and he will eventually forget about me. Amin.