Isu Keluarga

Kisahnya bermula dalam perkahwinan kami tidak bertahan lama kerana silap saya berkenalan dengan Saiful hingga tahap terlanjur dan Haris mencer4ikan saya.

Assalam warga KRT. Ini kisah hidup saya…nak tanya pendapat apa perlu saya buat.. Perkahwinan kali pertama saya dengan Haris pada awalnya bahagia dan dikurniakan 2 org anak.

Kisahnya bermula dalam perkahwinan kami tidak bertahan lama kerana silap saya berkenalan dengan Saiful hingga tahap terlanjur dan Haris mencer4ikan saya.

Selepas kami bercerai, Bekas suami  berkenalan dgn sorang j4nda anak 2 bernama Fiza dan mereka mula berkwn beberapa bulan.

Walau bagaimanapun saya dan bekas suami (haris) ambil keputusan untuk bernikah semula selepas 2 thn bercerai dan walaupun bekas suami telah menjalin hubungan dgn fiza.

Haris beritahu fiza tentang niatnya untuk menikahi saya semula dan sejak dari itu fiza semakin hari semakin kerap menyatakan perasaannya pada bekas suami hingga lah saya dan haris bernikah. Fiza masih message.

dan suami saya tak kurang masih melayan kerana katanya keadaan fiza terlalu t€ruk. fiza sering buat mog0k lapar.. sering mengadu pada suami saya dia tak boleh tidur hingga sakit.

Sejak saya dan suami menikah fiza semakin berani meluahkan perasaannya pada suami saya. Mula memanggil suami saya hubby. sayang abang.. dan tanpa henti cakap i love u pada suami saya.

Suami juga begitu makin rancak mereka berdua suami melayan fiza sbb sy tau lelaki kan. kalau perempuan dah begitu lelaki seronok la. Saya amat kecewa dengan sikap suami saya seolah2 mempermain2kan saya.

Fiza pula tak mahu melepaskan suami saya. tapi sering memberi hint kepada suami saya dia tak mahu berkongsi kasih tak mahu cintanya dibelah bagi. fiza mahu suami saya cintakan dia seorang sahaja.

Bila suami tanya adakah dia tak sanggup berkongsi kasih fiza mula akan memberi ayat2 sedih kecewa kerana suami beri kata dua (suami tak mahu ceraikan saya) fiza mula akan mengadu dia sakit sejak dia tahu kami menikah mcm2 sakit. sakit kepala la demam la mcm2 sakit.

suami pun kesiankan dia bg perhatian pd dia. Saya kecewa sgt2 dengan tingkah laku suami dan ayat2nya pada fiza. Mereka berbual tanpa mengira waktu terutama jika suami saya outstation.

Fiza akan bagi gambar2 mengg0d4 pada suami ayat2 menggod4 merayu. bagi ayat1 kecewa.. menangis dan fiza juga marahkan suami saya kerana tak berbincang dengan dia terlebih dahulu untuk suami menikahi saya semula.

Suami saya kembali bersama semula kerana katanya dia masih cintakan saya tapi dalam masa sama bermadu kasih dgn fiza. Suami mengatakan pada saya fiza ni seorang yang baik faham qada dan qadar faham bagaimana Allah mentakdirkam segala sesuatu pada umatnya.

Bila saya dan suami menikah semula fiza seolah2 tak dapat terima. sering mengadu mcm2 pada suami dan telah mula minta duit dari suami saya.

Saya benar2 rasa dipermainkan. Tolong saya. apa perlu saya buat. adakah saya perlu mengundur diri dan biarkan mereka berbahagia atau pertahankan hak saya
Mohon nasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *