Isu Keluarga

Kisahnya bermula apabila dahulu masa saya remaja saya sangat soci4l sampai terlanjur dan mengandung

assalam admin dan warga krt. saya bukan nak cerita masalah rumahtangga tapi cuma nak mintak pendapat atau sokongan.

Kisahnya bermula apabila dahulu masa saya remaja saya sangat soci4l sampai terlanjur dan mengandung. lepas melahirkan baru saya berkahwin dengan lelaki yang mengandungkan saya tu.

selepas berkahwin alhamdulillah kehidupan saya dan suami bahagia. tambah pula ada anak kami. cuma sekarang saya mengandung untuk kali yang kedua.

Yang saya risaukan anak pertama saya anak pertama saya baru berusia 4 tahun dia bakal dapat adik anak tak sah taraf ni kan tak boleh berbin atau berbinti kan ayahnya jadi apa yg saya patut jawab atau jelaskan kat anak saya andai satu hari nanti dia tanya

“Kenapa nama ayah dia lain. kenapa adik dia nama ayah dia. tapi dia nama lain” . anak pertama saya tu perempuan. dapat ke dia terima kenyataan. saya sayang dia. sangat sayang.

Saya takut disebabkan perkara ni dia akan buat perkara yang tak diingini.
Saya selalu berdoa pada Allah semoga satu hari anak pertama saya dapat terima status dia. saya tahu ni semua silap saya. saya pun tak mintak semua ni jadi.

saya tahu satu hari nanti pasti dia akan tanya. apa yg patut saya katakan pada dia ? perkara ni selalu bermain di fikiran saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *