Assalamualaikum wbt. Saya tak tau nak bermula di mana. Saya tau mungkin akan ramai yang kecam memandangkan saya isteri kedua. Saya kenal suami 3 tahun lepas semasa dimajlis pernikahan nya bersama kakak angkat saya.
silap kami sebab terlannjur dan hamilkan anak pertama hinggalah madu (kakak angkat) saya sndiri datang meminang saya. Berat Hati pada mulanya untuk menerima tetapi setelah dipujuk oleh madu yang merupakan kakak angkat saya, saya bersetuju.
Madu saya yang saya gelar kaklong sudah saya anggap seperti kakak saya sndiri. Kami sudah berkenalan lama tapi sejak melihat suaminya, saya mula jatuh cinta dan suaminya juga memberi responde. Kaklong m4nd0l dan tidak mempunyai anak dari perkahwinan selama 3 tahun dengan suami.
Oleh sebab tu, dia sndiri yang meminta suami untuk berkahwin lagi memandangkan saya hamil anak suami.
Setelah berkahwin Dan Kami dikurniakan seorang anak, rumah tangga saya diuji. Saya tau.. suami tidak pernah ikhlas menyayangi saya tapi itu bukanlah segalanya bagi saya.
Saya terpaksa akur kerana saya tahu suami Sangat menyayangi kaklong. Tujuan dia berkahwin dengan saya pun adakah kerana gesaan Dari kaklong dan sebab saya hamil anak dia. Setelah anak saya berumur 1 tahun, saya difitn4h dengan fitn4h yang Amat berat.
Kisahnya bermula bila saya keluar dengan seorang client lelaki atas urusan kerja dan sekeping gambar dihntar kepada suami saya melalui whatsaap lalu suami menvmb0k muka saya tanpa bertanya kedudukan sebenar.
Suami menceraikan saya dengan talak 3.. Dan mereka mahu mengambil hak penjagaan anak. Sedihnya saya Allah saja yang tau. Setelah beberapa minggu selepas diceraikan, dtg seorang wanita mengaku telah diupah oleh kaklong untuk membuat semua cerita fitnah tersebut. Saya tak kisah untuk dicer4ikan.
Tapi saya sedih terpaksa dipisahkan dengan anak. Kerana skrg saya dihalau dri rumah dimana Kami sekeluarga tinggal. Sedihnya perasaan saya Allah sja yang tahu. Saya Rasa seperti saya ini digunakan sebagai alat. Seperti ibu tumpang.. allahu.