salam min . tlg hide profile saya yee .. macam mana nak mula cerita ni . saya brkahwin dengan duda anak dua . masa kami berkawan saya memang tak tahu pon dia masih suami orang . tapi saya dengan dia hanya berkawan pd masa tu .
dua tiga kali kitorang lepak sama tup tup saya baru dpt call dari bekas isteri dia yang esok nya dorang akan ke pejabat agama atas urusan penceraian . lepas saya dapat tahu saya bertanya pada suami saya kenapa nak cerai , tak sayang ke dekat anak bini .. tapi dia jawab dia betul2 nekad .
dorang dah bertahun gadoh dan pernah bercerai tapi rujuk semula atas pujukan keluarga . selepas bercerai, anak2 bekas isteri yang jaga . dia tidak bekerja dan tinggal brsama keluarganya. Pada masa tu suami saya fikir saya akan pergi tinggalkan dia bila dapat tahu dia duda .
Dan dia juga ada cakap andaikata saya pergi atau pon tak de mana2 prempuan yang hadir dalam hidup dia pon dia tetap dengan kputusan dia untuk berpisah dengan bekas isteri dia . tp Allah kuatakan jodoh kami sehingga kami berkahwin .
Masalahnya sekarang bekas isteri suami sering mengatakan saya ni ramp4s suami dia sedangkan kami bercinta selepas dorang sah bercerai. sehingga sekarang dia selalu carik motif utntk bergadoh dengan suami. ada saje tak kena dengan kami dimata dia..
suami saya seorang yang bertanggungjwb. setiap bulan nafkah anak2 dia bagi cukup, call pon selalu , kalau anak2 sakit msuk hospital kami gagah jugak balek walaupon makan masa 3-4 jam perjalanan melainakan suami btul2 tak dapat balek atas dasar kerja.
Tapi bekas isteri selalu cakap suami tak amek tahu pasal anak2 dan keperluan anak2 suami saya tak bagi . saya tak faham apa lagi yang dia nak.
Tak kan dia tak boleh faham lagi konsep kehidupan selepas bercerai keperluan anak2 bukan berg4ntung kepada nafkah bapa semata mata dia sebagai mak tolong la mana patut bersama sama awak dan anak2 awak bukan lagi tanggungan suami saya sepenuhnya.
setiap kburukan yang dia lakukan spnjang tempoh perkahwinan tak pernah suami saya cerita dekat orang . cukup dia , dan keluarga suami saya je tahu kisahnya . saya pon tak nak mmbuka aib dia . apa lagi yang perlu kami katakan lg?
Saya banyak berdiam diri daripada berlawan kata kata bila dia cube nak pisahkan kami.Dengan suami dia brukkan saya dan dengan saya plak dia kata suami saya kki pkul , kki perempuan .. tapi apa dia kata hanya menjadii malu buat diri dia sndiri kerana tetap tiada ap yang jadi diantara kami suami isteri buat masa ni .
Sehingga sekarang dia masih lagi burukkan suami . di fb dia kata bekas suami dia kaki pukul , kaki b€tin4 n perangai macam s€t4n . memang dia tak mention tapi saya tahu motif dia post utak siapa. kalau suami awak tu perangai macam s€t4n dah lama dia tinggalkan awak tanpa nafkah anak2 dan tak amek peduli lagi pasal kalian.
sendiri fikir lahh . tapi suami saya kata “lagi dilayan lagi menjadi baik diamkan aje” . yang saya pelik , dia dah taw suami tu tak baik knpe tak tggalkan awal2 lagi.Salah orang c4n4ng sedunia salah sndiri ttup rapat2 . lpastu gelabah carik salah orang plak .
masing2 ad salah silap . kita muhasabah diri kita dulu sebelom salahkan orang lain . kdg2 saya sedih sangat . kita selagi mampu cube ttup aib diri kita dan suami kita tp dengan senang2 dia burukkan. Kami tak pernah ambil tahu pasal dia melainkan bertanya mengenai anak2 .
dengan orang lain awak boleh tipu dan adakan cerita itu ini sbb mereka tidak tahu apa yang jadi. Andaikata awak mmbaca posting ini saya harap awak stop laa buruk kan suami saya , kluarga kami , dan juga saya . move on dan banyakkan doa yang terbaik untuk diri awak dan anak2 awak . dan saya doakan awak bahagia . terima kasih .