Isu Keluarga

Akhirnya aku telah berjumpa seorang lelaki bujang terlajak bekerja guru dan sudah ada segala galanya dia dapat terima aku dengan anak aku.

Salam min. mohon siarkan cerita aku. aku nak tanya pendapat tentera2 bawang sekalian. sebelum pape aku nak beritahu siap2 yang cerita aku ni agak panjang dan ak tak reti nak lukih2.

bahasa yang aku tulis juga sedikit wicet sebab nak bagi sedap ak meluah. dipendekkan cerita,  suami aku ni ada kerja sampingan jual bundle, sejak dua menjak ni sentap dengan laki aku, sebab dia rajin live fb, rajin like n rajin komen kawan2 yang ada dlm friendlist dia.

so kawan2 dia pon rajin la komen tengok dia live bagai. yang buat aku sentap sebab ramai sangat perempuan komen. siap berabang2. siap nak jumpa dan macam2 la! aku da bagi tahu laki aku, aku tak suka. dia boleh cakap ala tak ade pape la.

Niat dia nak niaga tambah income je. dia cakap kalau dia nak buat jahat, tak kan nak buat kt fb bagi semua orang boleh baca tapi aku tetap sentap nak buat macam mana.

Laki aku ni kira agak good looking gak la. Dan suami aku juga ada buat kerja jual kereta mewah. so perempuan2 tu mungkin ingat laki aku tu kaya agaknya. padahal duit cukup2 makan je! okey antara sebab ak touching sangat ialah 1) dulu laki aku ni pernah masuk j4il sebab kena ani4y4 kawan dia. masa dia dalam j4il tu,

aku bawak anak tunggal aku yang baby tu macam peng€m¡s. Oh ya, ak ni anak yatim piatu kira takde sape2 la yang boleh aku aku mnta bantuan time aku susah. Tapi demi anak tercinta aku kuatkan semangat, aku carik kerja, aku cari bilik sewa untuk teruskan hidup aku.

aku tak pernah cakap kat sape2 pon. kalau orang tanya aku cakap tah la aku pon tak tahu mana dia pergi.

Aku takde kenderaan. pergi mana2 aku kena jalan kaki, kalau jauh sikit baru aku naik bas. setiap kali beli barang2 dapur, aku masukkan barang2 dalam beg galas yang macam beg sekolah tu, depan aku dukung anak aku.

dengan fizikal aku yang kecik yang berat aku tak cecah pon 40kg aku teruskan juga hidup aku. aku tekanan sangat time tu. aku tak suke jumpa orang. sebab aku malu hidup aku sangat kucar kacir. famaly mertua aku tak ambik port. Family aku bantu tapi setakat mereka boleh je la.

ye la msg2 pon bukan orang senang. aku la si ibu tinggal kecil ni meneruskan hidup dengan penuh derita dan air mata tapi aku nekad min, aku cakap aku taknak susah macam ni sampai bila2.

aku nak anak aku sekolah dan dapat hidup macam anak2 orang lain. Tiap2 malam aku solat dan menangis puas2 mintak Allah bantu aku.

Akhirnya aku telah berjumpa seorang lelaki bujang terlajak bekerja guru dan sudah ada segala galanya dia dapat terima aku dengan anak aku. Aku mula berangan angan nak idop bahagia dan lengkap seperti orang lain. lelaki ni tahu aku masih isteri orang dan dia hormat aku kami pon tak pernah buat apa2 benda terlarang just keluar makan2 dan ringan2 sahaja. 

setiap kali dating pon aku bawak anak tunggal aku bersama so aku nampak keikhlasan dia disitu walaupon aku tahu, perbuatan aku ni salah sebab aku masih isteri orang yang sah. aku tak nak idop dalam dosa, aku pergi mahkamah syariah, aku ckp ak nak mntk fasakh.

tapi nak uruskan semua bnda tu memerlukan duit dan masa. aku kerja dan aku tak boleh ponteng selalu. setiap kali aku cuti dia akan tolak gaji. Jadinya banyak kali juga la aku trpaksa postpone.

Pada 1 hari tu laki aku kol dia cakap dia akan dibebaskan awal dan sekarang dia ada dirumah perantaraan aku jadi kelu tak lama lepas tu aku dapat berita yang mak mertua aku meningg4l laki aku macam orang tak betol da sebab selama ni mak dia la yang selalu support dia. dia merayu kt aku bagi dia peluang,

dia nak tebus semua silap dia kt aku n anak. aku jadi kesian sangat, aku cuba letak diri aku kat tmpt dia. senang ckp skrg dia mmg takda apa2. Takada kerja takda ibu dan klo aku tinggalkn dia juga. brmaksud dia kehilangan anak dan isteri juga. aku rasa kalau ak teruskn juga niat aku, ak macam kej4m sangat

jadi aku terima dia balik…bagi dia semangat utk mula idop baru. mgkin rezeki dia, kwn dia tawarkn dia kerja sebab kesian dan nak beri dia peluang walaupon tahu dia seorang banduan. aku terpaksa pilih 1 antara 2…aku pilih dia, sebab masa tu aku tgk cuma ak dan anak yang blh bagi dia semangat utk hidup

masa aku terima dia tu, hati aku da tawar setawar2nya…hati aku kosong…hari2 aku pujuk hati aku supaya terima dia, aku doa moga Allah kembalikan rasa sayang aku pd dia…

Alhamdulillah aku dpt terima dan sayang dia blk walaupon susah,…dan kami mulakan hidup baru dengan penuh sederhana.

Tapi masalahnya lelaki itu muncul lagi dan menagih kasih. Aku mula hilang arah. Aku tak blh fokus bersama suami. Tiap kali bersama, aku terbayang lelaki itu. Tlg aku. Apa perlu aku buat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *