Salam semua rakan KRT. Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya. Mohon pendapat yang baik dan murni dari semua tentang masalah saya ini. Telah berkahwin 3 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah cek di hospital disah oleh doktor saya dan suami memang tiada masalah.
Ibu mertua teringin sangat dapat cucu dengan cepat memandangkan belum ada cucu sendiri, suami saya cuma dua beradik sahaja, adik perempuan nya juga telah berkahwin ada anak angkat 2 orang kerana memang dia tidak boleh melahirkan anak kerana masalah cedera zaman remaja.
Saya sakit hati bila ibu mertua suruh suami saya kahwin dengan sepupunya yang yatim piatu, 0ku (pek4k) di samping dapat tolong saudara sendiri mana tahu rezeki cepat dapat zuriat. Saya seorang isteri pasti lah tidak suka berkongsi kasih walaupun niat menolong saudara yg 0ku. Perlu ke untuk dia berkahwin lain sedangkan saya masih isteri sah dan saya masih jalankan tanggungjawab dengan baik.
Terlintas fikiran saya yang ibu mertua saya ini mata duitan kerana ank saudaranya yang 0ku tu banyak harta pusaka tapi menyalahkan saya pula yang belum mengandung sedangkan itu semua ketentuan dari Allah.
Suatu hari tu saya ada terbaca mesej ibu mertua di phone suami banyak ceramah dan motivasi dia share kt suami saya berkenaan tolong saudara sendiri lebih baik serta afdal dapat murah rezeki, lebih berkat, Allah lapangkan rezeki, mudahkan jalan hidup, perluaskan rezeki.
Semua tentang rezeki, ada kah saya ini bukan pembawa rezeki kah? Banyak ibu mertua hasut suami supaya ikut cakap dia untuk berkahwin, suami hanya balas ok dan insyallah. Saya tanya suami kenapa tak tolak atau nafikan sahaja permintaan ibu nya itu sebab bagi saya bila jawab ok dan insyallah tu macam tanda setuju.
Suami jawab dia tak nak pun cuma malas nak layan dia jawab lah macam tu. Saya sangat kecewa dengan suami. Dia tak nak kahwin tapi macam bagi harapan. Bila saya menangis dia pujuk dan cakap jangan ikutkan perasaan sebab dia pun tak tahu nak cakap macam mana nampak macam terpaksa juga setuju walaupun dia sendiri tak nak..
Suami saya ini seorang yang tidak tegas bila dengan ibu nya, itu lah yang buat saya sangat kecewa dan sakit hati walaupun saya sangat sayang dia. Sebelum 2 minggu pernikahan itu bakal berlangsung saya mohon dari suami untuk me time balik kampung saya sendirian, tenangkan jiwa dan bincang dengan famili saya untuk pujuk suami menolak permintaan ibunya di samping itu saya sentiasa berdoa.
Seminggu di kampung tu suami call atau mesej, saya tak jawab. Dia call mak dan ayah saya pun saya tak nak cakap supaya dia paham saya tengah memberont4k dengan semua tu. Ada dia datang ke kampung untuk pujuk saya, tapi saya cakap batalkan penikahan tu jika nak pulihkan hubungan kami dan baru saya akan balik. Dia jawab ok.
Paling menyedihkan setelah beberapa hari kemudian saya terlihat di fb saudara kalau mereka telah bernikah diawalkan tarikh tak tunggu pun saya balik seperti mana yang tarikh sepatutnya. Saya sangat kecewa dan mti hati dengan tindakan suami dan keluarga. Saya bertekad untuk mohon cerai memandangkan seperti saya tidak penting lagi buat suami.
Ibu dan bapa mertua pujuk saya supaya pulang, kata nya jangan risau sebab perkahwinan tu cuma belas ihsan bukan atas dasar cinta seperti mana saya dan suami. Kata-kata tu buat saya jadi kuat dan akur dengan semua ketentuan dan pulang hidup macam biasa dengan suami walaupun dalam hati rasa hambar dan tawar.
Suami selalu tenangkan saya, cakap dia tak cintakan sepupunya walau sebesar kuman pun, itu tidak mungkin dan dia anggap macam adik dia sendiri kerana membesar sama-sama. Dia sekadar menjaga keperluan isi rumah, dan kebajikan sahaja memandangkan dia yatim piatu dan 0ku, itu janji dia.
Semua nya kembali reda dan saya rasa tenang tapi ketenangan itu tidak bertahan lama setelah saya dapat tahu sepupunya mengandung.
Jika anggap seperti adik kenapa mesti ada hubungan badan. Suami sentiasa ada di rumah waktu malam mana mungkin perempuan p€k4k itu boleh mengandung. Ia sangat buat saya pedih hati dan tersiksa. Benar lah kata orang, janji lelaki itu umpama lid4h tak bertulang. Saya ke rumah perempuan tu pada belah petang balik dari kerja, tepat sangkaan saya memang suami saya ada di situ elok je tengah masak untuk bini dia yang tak sedar diri tu,
bilik mereka ada pakaian tidur orang berkahwin jadi mana mungkin tidak pernah melakukan apa-apa. Kalau bukan 0ku dah lama saya t4mp4. Ya saya tahu ianya bukan h4r4m tapi saya kecewa suami mungkir janji. Saya tak boleh terima, saya sedar yang saya tak kuat untuk hadapi sebenarnya,
apa mereka semua tak paham kah hati saya ini. Saya nekad utk mohon cerai, telah rujuk pejabat kaunseling tp pegawai tu cakap beri masa pada hati. Saya rasa macam satu dunia tak memihak pada saya. Mereka tak paham sedih saya atau saya yang keterlaluan.